“Bergenang air mata saya sebab kesian dengan anak syurga ini,” – Bapa luah rasa terkilan, kondisi anak dipandang sepi guru kelas. Ini luahannya.

0
7401

Minggu pertama persekolahan yang cukup mencabar buat ibu bapa dan anak-anak. Tiada lagi riuh rendah di luar kelas merakam detik pertama si kecil memasuki alam baru. Semuanya harus dilalui anak-anak seorang diri.

Dan perkongsian seorang bapa yang dikenali sebagai Zuhaili cukup menyentap rasa. Jelas Zuhaili, kondisi mild autism anaknya yang baru memasuki tahun 1 agak mencabar. Walaupun cuba memaklumkan kepada pihak berkenaan dan meminta cadangan sama ada anaknya perlu ditukarkan ke Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) namun dia tidak mendapat reaksi sewajarnya.

“Bergenang air mata baca reply dari cikgu..

Saya sentap!

“Kisahnya begini.. Anak saya didaftarkan di tahun 1 aliran perdana tahun ini atas pilihan saya dan anak saya mild autism. Pada hari pertama persekolah ibubapa tidak dibenarkan masuk ke sekolah. Jadi saya gagal untuk berjumpa dgn cikgu kelasnya.

“Sebagai altenatif, saya berbincang dgn guru besar di gate berkenaan kerisauan saya dan juga meminta pandangan guru besar untuk anak saya di aliran perdana. Guru besar sangat baik dan beliau akan sampaikan kepada guru kelas anak saya.

“Pada masa yang sama saya memerlukan pandangan dan komen cikgu2 untuk bantu saya membuat kesimpulan samada kekalkan anak di aliran perdana atau ke PPKI. Saya x kisah dan terima dgn hati terbuka.

“Pada hari kedua sekolah saya masih tidak tenang sebab takut2 ada cikgu subjek lain yang x aware keadaan anak saya. Sekali lagi saya mengambil inisiatif untuk maklumkan kepada cikgu. Saya juga faham dan jelas yang saya x sepatutnya menganggu cikgu tersebut. Saya tidak mengharapkan “reply” dari cikgu. Sekadar dia noted pesanan saya dah cukup.

“Salah seorang cikgu telah membalas chat saya dengan cara tersebut.. saya tidak marah dengan cikgu tersebut sebab saya mungkin dah menyusahkannya, cuma rasa agak terkilan.

YOU ARE NOT IN MY SHOES,” kongsinya.

Namun begitu, dia meluahkan kesyukuran apabila ditemukan dengan para guru yang prihatin akan masalah yang dihadapi. Malah kini, dia sudah membuat permohonan untuk pertukaran ke PPKI, sebuah sekolah pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu ‘kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa.

“Saya tak pasti cikgu anggap saya dan anak sebagai siapa.. saya hanya ucapkan Terima kasih pada cikgu tersebut.. Bergenang air mata saya sebab kesian dengan anak syurga ini. Saya sgt sedih hingga tidak tertahan. Alangkah baiknya jika kesedaran dan keperihatinan lebih tinggi dikalangan cikgu2 dan masyarakat. Sejurus selepas itu saya dimurahkan rezeki dapat berjumpa dengan 8 orang cikgu yang sangat baik.. yang sudi untuk berkongsi pendapat berkenaan anak saya,” kongsinya kepada UtusanTV.

Terdahulu, lebih lima juta pelajar mula kembali ke sekolah secara berperingkat dengan murid prasekolah, Tahun Satu dan Tahun Dua sekolah rendah memulakan sesi persekolahan pada 1 Mac manakala murid Tahun Tiga, Tahun Empat, Tahun Lima dan Tahun Enam pula akan bersekolah bermula 8 Mac 2021.

Sumber : Zuhaili Zulaika