4 Nikmat Kubur

Dari Penulis

Nikmat kubur diperuntukkan khusus untuk orang-orang mukmin yang jujur serta orang yang mendapat naugan Allah. Firman Allah S.W.T.

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan “Rabb kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan), “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih, dan bergembiralah kamu dengan memperoleh syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu” Fusshilat: 30

Orang mukmin dapat selamat dari azab dan kedasyatan kubur, serta fitnahnya dengan beberapa sebab seperti mati syahid di jalan Allah, penghafaz al-Quran, wanita yang meninggal ketika melahirkan anak dan banyak lagi.

Al-Bara’ r.a dalam hadisnya menyatakan antara nikmat kubur bagi orang bagi orang yang beriman ialah:

  • Mendapatkan ampunan dan keredaan Nya. Se­bagaimana perkataan malaikat maut kepada orang yang se­dang menghadapi sakaratul maut, “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keredaan Nya
  • Dikukuhkan hatinya untuk menghadapi dan menjawab fitnah kubur. “Allah meneguhkan iman orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat” Ibrahim: 27
  • Dibentangkan permaidani, disiapkan dengan pakaian dari syurga, dibukakan baginya pintu menuju ke syurga dilapangkan kuburnya dan di dalamnya ditemani orang yang tampan wajahnya, bagus penampilannya sebagaimana hadis Nabi s.a.w,

Maka bentangkanlah permaidani dari syurga. Hiasilah ia dengan pakaian dari syurga, Bukakanlah baginya sebuah pintu ke syurga, maka sampailah kepadanya bau wangi dan keindahannya.”

  • Dilapangkan kuburnya sejauh mata memandang kemudian datang kepadanya seorang yang tampan wajahnya, bagus pakaiannya, wangi baunya. Lalu dia berkata,

Berbahagialah dengan perkara yang menyenangkan kamu, Ini adalah hari yang dahulu kamu dijanjikan. Dia pun bertanya, “siapa kamu? Wajah mu adalah wajah orang yang datang membawa kebaikan, “Dia menjawab aku adalah amalan mu yang soleh.” HR Ahmad dan Abu Dawud

____________________________

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fahami perbezaan hadis daif, palsu dalam beramal di era digital

Oleh Mohd Shahrizal Faizal Mahasiswa Tahun 3 di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. PERKEMBANGAN media sosial pada...

More Articles Like This