JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memohon untuk mendapatkan hak jagaan sementara dua anak wanita yang ditembak mati oleh suaminya di Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Dalam kejadian pada 1 Mac lalu, polis menerima laporan berkaitan orang hilang oleh suami mangsa yang sebenarnya telah membunuh isterinya kerana cemburu dengan menembak senapang ketika mangsa sedang tidur.
Suami itu kemudiannya telah menanam jenazah isterinya di sebuah kawasan ladang yang terletak kira-kira 10 kilometer dari rumah mereka.
BERITA BERKAITAN: https://utusantv.com/2021/03/05/suami-cemburu-tembak-isteri-ketika-tidur-tanam-mayat-di-ladang/
Pasangan itu mempunyai dua orang anak berumur tiga dan empat tahun dan motif kejadian adalah gara-gara cemburu kerana pasangan tersebut kini dalam proses menuntut perceraian.
Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, susulan siasatan, polis menangkap dua lelaki Melayu iaitu seorang berusia 43 tahun dan seorang lagi berusia 32 tahun yang juga rakan suami mangsa.
Katanya, suami mangsa mempunyai dua rekod jenayah lampau dan siasatan lanjut menyaksikan suami mengaku membunuh mangsa dengan senapang angin.
- BERITA LANJUT MENYUSUL
- Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

