RUU MMM 2024: Pencapaian bersejarah untuk kebebasan media, etika – MPI

Dari Penulis

RANG Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia (MMM) 2024 yang diluluskan hari ini merupakan satu pencapaian penting dalam landskap media Malaysia, selepas lebih 50 tahun perbincangan dan rundingan yang mendalam untuk mewujudkan sebuah majlis khusus bagi hal ehwal media.

Presiden Institut Akhbar Malaysia (MPI) Datuk Yong Soo Heong menghargai usaha kerajaan terutama Kementerian Komunikasi yang melibatkan profesional media, khususnya jawatankuasa protem, dalam mengimbangi pelbagai kepentingan media untuk menubuhkan majlis itu.

Beliau berkata walaupun cadangan untuk menubuhkan badan seumpama itu bermula pada 1973, ia mendapat momentum yang penting dengan perbincangan yang lebih mendalam bermula pada awal 2023.

Baca artikel lain: Majlis media tingkat keyakinan, kukuh ekosistem maklumat dan lindungi kebebasan media

“RUU MMM yang jelas mengenai pelbagai fungsinya seperti menetapkan piawaian, mewujudkan kod etika untuk pengamal media dan mempromosikan piawaian tertinggi dalam kewartawanan beretika, kebebasan media, serta hak-hak profesional media sememangnya merupakan satu pencapaian penting.

“Peruntukan dalam RUU itu yang memperkasakan Majlis Media Malaysia (MMM) untuk mengawal etika dan tingkah laku profesional pengamal media menandakan satu langkah penting ke arah pengawalan kendiri dalam industri media,” katanya dalam satu kenyataan.

Yong berkata galakan komunikasi antara pengamal media, kerajaan dan orang awam ialah perkembangan yang amat dialu-alukan.

“Selain itu, keupayaan MMM untuk mencadangkan pembaharuan berkaitan undang-undang kebebasan media, di samping menyelaras dan memudahkan peranannya dalam latihan dan pembangunan profesional wartawan, pastinya akan memberikan manfaat yang besar kepada industri media tempatan,” katanya.

Industri media Malaysia mencipta sejarah apabila Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024, antara lain bertujuan menjamin kebebasan media dalam memastikan masyarakat mendapat informasi sahih, berintegriti dan adil.

Penubuhan MMM akan mewujudkan platform kepada pengamal media, industri dan kerajaan untuk bekerjasama, membincangkan cabaran dan membangunkan penyelesaian strategik sambil merangka kursus bagi landskap kewartawanan Malaysia.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

KESUMA komited realisasi aspirasi TVET 2.0 melalui dana RM50 juta

KEMENTERIAN Sumber Manusia (KESUMA) komited untuk merealisasikan aspirasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) 2.0 menerusi peruntukan dana...

More Articles Like This