Juara GV7 Cliff Umar mengaku miliki heroin, berdepan hukuman penjara 5 tahun

Dari Penulis

JUARA program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), Cliff Umar mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini atas pertuduhan memiliki heroin.

Cliff Umar atau nama sebenarnya, Abdullah Umar Joseph, 42, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.

Bapa kepada empat orang anak itu didakwa memiliki dadah jenis heroin seberat 0.39 gram di tepi Jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya dekat sini pada pukul 3.30 petang, 26 Mei lalu.

Cliff melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 12 (3) akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Annur Athirah Amran memohon tarikh baharu bagi sebutan laporan kimia dan mencadangkan jaminan sebanyak RM6,000.

Sementara itu, peguam Sallehuddin Salam mewakili Cliff dalam rayuannya memohon jaminan rendah memandangkan anak guamnnya menanggung isteri dan empat anaknya yang masih bersekolah.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM3,300 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan laporan kimia ditetapkan 31 Julai depan. 

SUMBER: KOSMO! ONLINE


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This