“Dulu masing-masing muda… tak dapat kawal dengan otak yang normal…”- Ashira Aziz doa pernikahan kedua berkekalan

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – “Saya harap perkahwinan kali ini akan berkekalan buat selama-lamanya,” demikian kata penyanyi Ashira Aziz saat ditanya tentang harapannya yang bakal mendirikan rumah tangga buat kali kedua pada Mac ini.

Episod kegagalan rumah tangga yang akhirnya terpaksa berdepan dengan penceraian pada 2015, sedikit sebanyak memberi pengajaran dan perubahan dalam diri bekas peserta Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) ini.

Semalam, penyanyi yang pernah popular menerusi Di Ombak Resah itu mengumumkan bakal berkahwin dengan ahli kumpulan Indigo, Badrul Izhan Yeop Abdullah,46, yang juga bekas peserta program GV7.

Bibit percintaan yang bermula sekitar Oktober tahun lalu dan GV7 menjadi saksi cinta mereka mula berputik. Malah, kedua-dua belah pihak keluarga juga sudah mengetahui tentang hubungan mereka.

“Saya dan Bad pernah gagal dalam perkahwinan. Kami sama-sama pernah lalui pengalaman perpisahan (bercerai) dengan pasangan sebelum ini. Saya harap pernikahan kali ini kekal bahagia dan gembira dengan anak-anak kami.

“Dulu, masing-masing masih muda dan ada beberapa perkara yang kita tak dapat nak kawal dengan otak yang normal sebab itu terjadinya penceraian.

“Sekarang ini, insya-Allah umur pun sudah makin berusia, dah boleh berfikir dengan waras. Jika ada apa-apa hal yang berbangkit, elok kita berbincang terlebih dulu sebelum buat keputusan terburu-buru,” katanya ketika dihubungi URTV.

ASHIRA Aziz harap mahligai yang dibina buat kali kedua ini akan kekal selamanya

Mengulas lanjut tentang tarikh pernikahan mereka berdua, Ashira atau nama penuhnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz memberitahu jika mengikut perancangan asal, dia dan Bad akan disatukan pada bulan Mac depan.

Katanya, pemilihan bulan itu dipilih sendiri oleh Bad memandangkan mereka tidak mahu melengah-lengahkan perkara yang baik. Manakala, majlis resepsi pula akan diadakan pada bulan Jun.

“Saya hanya ikut sahaja mana yang terbaik. Iyalah, nak tangguh benda baik pun, buat apa kan? Saya pun macam malas nak bercinta lama-lama takut nanti tak menjadi. Orang kata bercinta selepas kahwin itu lebih indah.

“Malah, semua borang permohonan untuk bernikah telah dihantar ke pejabat agama. Sekarang, kami sedang menunggu kekosongan tarikh untuk dinikahkan bulan Mac ini. Harapnya, adalah rezeki kami untuk disatukan pada bulan tersebut, kalau tidak terpaksa ditangguhkan.

“Majlis resepsi akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri iaitu lebih tepat lagi pada bulan Jun hadapan. Cuma belum dapat dipastikan lagi sama ada majlis tersebut akan dibuat sebelah pihak sahaja atau sebaliknya,” jelasnya.

Terdahulu, Ashira pernah mendirikan rumah tangga namun bercerai pada 2015 dengan bekas suaminya. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Megat Shazril Haziq Hadi,15.

Manakala Bad pula yang sudah lebih 10 tahun menduda turut memiliki sepasang cahaya mata iaitu Rayyan,12, dan Rania,11.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Letusan gelombang VIP! 9 tahun menyepi, Bigbang sah kembali ke Kuala Lumpur sempena jelajah ulang tahun ke-20

PENANTIAN hampir sedekad peminat setia kumpulan K-Pop, Bigbang, akhirnya terjawab. Selepas sembilan tahun tidak mengadakan sebarang konsert berskala besar,...

More Articles Like This