Sebelum kahwin, Risteena buat ujian calitan -“Saya bukan mengada-mengada…memang takut…terketar-ketar…”

Dari Penulis

ESOK bakal menyaksikan pelakon Risteena Munim dan tunangnya, Isa Khan disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah.

Justeru itu sebelum melangkah ke fasa berkenaan, mereka perlu melakukan ujian calitan (swab test) sebagai syarat tambahan untuk melangsungkan hari bahagia.

Risteena atau nama lengkapnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas turut berkongsi video dirinya sedang menjalani ujian calitan sambil ditemani oleh ibu bapanya.

“Hei, saya bukan mengadalah. Memang takut pun. Alhamdulillah selesai ujian calitan dan negatif. Tak adalah sakit sangat tapi sebab terlalu takut, jadi fikiran dah ‘set’ sakit.

“Bila dapat tahu untuk akad nikah ini kena buat ujian calitan dahulu, terus terketar-ketar. Tapi tak dapat lari. Nak kahwinkan, jadi saya berjaya lakukan!,” katanya.

Pada 5 Mac lalu, Risteena dan Isa mengumumkan tarikh pernikahan mereka yang akan dilangsungkan pada 12 Mac ini.

Terdahulu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 ketika bercuti di Bali, Indonesia.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Letusan gelombang VIP! 9 tahun menyepi, Bigbang sah kembali ke Kuala Lumpur sempena jelajah ulang tahun ke-20

PENANTIAN hampir sedekad peminat setia kumpulan K-Pop, Bigbang, akhirnya terjawab. Selepas sembilan tahun tidak mengadakan sebarang konsert berskala besar,...

More Articles Like This