275,851 individu telah terima suntikan vaksin Covid-19

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SERAMAI 275,851 individu telah menerima suntikan dos pertama vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, Selangor terus menjadi negeri yang menerima vaksin tertinggi iaitu seramai 33,163 individu diikuti Sarawak (29,052); Perak (28,463) dan Kuala Lumpur (29,244).

“Sementara itu, seramai 21,841 individu telah menerima vaksin di Pahang; Sabah (21,708); Johor (20,276); Kedah (16,546); Pulau Pinang (15,549); Kelantan (15,339); Terengganu (13,070) dan Negeri Sembilan (12,197).

“Di Melaka pula seramai 7,733 orang; Perlis (6,591); Putrajaya (3,827) dan Labuan (2,342),” katanya menerusi infografik di akaun Twitter miliknya hari ini.

Baca artikel berkaitan: Warga asing tanpa dokumen tak perlu takut terima vaksin

Program imunisasi yang dilancarkan pada 24 Februari lalu itu menyasarkan untuk memberi imunisasi secara percuma kepada penduduk negara tidak kira rakyat tempatan mahu pun warga asing.

Malaysia menerima kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech apabila penerbangan Malaysia Airlines MH604 dengan menggunakan pesasat Airbus 330-300 yang dikendalikan oleh MABKargo Sdn Bhd (MASKargo) selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 10 pagi 21 Februari lalu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama selesai menjalani prosedur suntikan vaksin Covid-19 pada 24 Februari lalu.

Prosedur berkenaan dilakukan di Pejabat Kesihatan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Presint 11 dan dikendalikan Ketua Jururawat pejabat kesihatan itu, Lina Ibrahim.

Pejabat kesihatan berkenaan adalah antara lebih 500 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang dikenal pasti di seluruh negara.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak bantu kempen Bersatu di PRN Johor

PAS yang sebelum ini mengumumkan untuk membatalkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membantu kempen...

More Articles Like This