MENTERI Kesihatan yang juga penyandang kerusi Parlimen Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba menyatakan sokongan beliau terhadap calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini.
Beliau berkata, sebagai Ketua UMNO Bahagian Tenggara, sudah pasti sokongan penuh diberikan kepada calon yang dipilih pucuk pimpinan parti iaitu Manndzri Nasib.
“Saya orang parti. Saya berpandangan adalah penting untuk pemimpin berjiwa besar dan menyokong calon muka baharu dalam memastikan kemenangan BN,” katanya menerusi Facebook malam ini.
Beliau juga akan bersama-sama jentera sepanjang PRU-15 dan mendoakan supaya pengundi terus memberi kepercayaan kepada calon BN.
Dr Adham yang menyandang kerusi Tenggara digugurkan daripada senarai calon BN untuk PRU-15.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

