SELEPAS mendapat aduan daripada pengguna jalan raya mengenai keadaan keselamatan di jalan raya Kajang Bypass, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengambil tindakan segera memperbaiki keadaan di sepanjang jalan tersebut.
Yang Dipertua MPKj, Datuk Zul-kefli@Zulkefli Khalid berkata, antara langkah yang diambil oleh pihak berkuasa tersebut ialah memasang dan menyusun penghadang plastik di atas pembahagi di jalan tersebut.
Majlis Perbandaran Kajang juga mengecat garisan ‘Transverse Bar’ di tapak dengan menggunakan cat ‘Hot Applied Thermoplastic’ bagi memperlahankan kelajuan kenderaan, katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
“Orang ramai dan pengguna jalanraya dinasihatkan perlu berhati-hati semasa menggunakan laluan tersebut,” katanya. – UtusanTV

- Artikel/gambar sumbangan SAIFUL BAHRI

