Kehilangan nenek tersayang, Kaka Azraff ‘lepaskan’ juraian air mata di pentas AJL35

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SIAPA sangka disebalik kemenangan lagu Gila yang diraih di pentas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) semalam, rupa-rupanya tesembunyi cabaran dan dugaan yagn terpaksa didepani penyanyi Kaka Azraff.

Sudahlah kehilangan telefon bimbit, diuji pula dengan pemergian nenek tersayang beberapa hari sebelum malam kemuncak yang sedikit sebanyak menganggu fokusnya.

Namun, ujar Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff,31, dia terpaksa memendam perasaan dan menguatkan semangat untuk tidak merintih akan pemergian orang yang paling rapat dengannya demi melunaskan komitmen sesi latihannya dengan pasukan lagu Gila iaitu penyanyi rap Loca B dan Noki K-Clique.

“Sebetulnya saya berdepan dengan banyak cabaran sebelum berada di pentas akhir AJL35. Beberapa hari lalu telefon bimbit saya hilang, kemudian nenek yang paling rapat dan saya sayang meninggal dunia.

“Waktu dapat tahu nenek dah ‘pergi’, saya memang menangis dan mental saya ‘breakdown’ sehari dan ketika itu memang sesi latihan tak dapat nak diteruskan.

“Tapi saya kembali fkirkan AJL35 dan tak terus merintih kerana tidak mahu kecewakan Loca B, Noki dan pasukan Gila yang lain.

“Saya tahan dan pendam semuanya dalam hati demi pertandingan itu walaupun jauh di sudut hati ini rasa sedih itu masih berbekas. Tapi demi AJL35, saya ‘buang’ semua itu buat sementara waktu,” kata Kaka kepada URTV.

ARWAH nenek Kaka, Yang Asmah Long yang meninggal dunia pada Khamis lalu

Kaka berkongsi perasaannya ketika sesi sidang media AJL35 yang dilakukan secara virtual selepas program tamat, semalam.

Tambah Kaka lagi, sewaktu dia menyampaikan lagu berkenaan, dia berasa seperti membawa semangat arwah neneknya di atas pentas.

Dedah Kaka, Allahyarham adalah individu yang banyak mengajarnya menyanyi sejak dari kecil dan sering memberi nasihat untuk dia terus berkarya dalam dunia seni.

“Masa dekat atas pentas, seolah-olah saya bawa semangat arwah nenek ketika mendendangkan lagu Gila. Saya memang rapat dengan arwah kerana arwah insan yang banyak mengajar saya menyanyi.

“Walaupun banyak cabaran yang saya kena tempuhi, tapi saya tak pernah terfikir nak tarik diri untuk bertanding pada saat akhir. Malah, mak cik saya iaitu Ella dan Jojie turut menitipkan pesanan untuk saya terus fokus dan usah menangisi pemergian arwah nenek.

“Suami sentiasa berada disebelah saya memberikan sokongan meskipun hati saya sedang bersedih. Saya juga tak sempat jumpa ahli keluarga yang lain kerana kesibukkan jadual yang padat untuk sesi latihan dan persembahan,” ulasnya.

Lagu Gila ciptaan Ezra Kong bersama Loca B dan Noki diumumkan sebagai juara AJL35 sekaligus melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM50,000 berserta trofi kemenangan.

Disiarkan secaran langsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, AJL35 kali ini dianjurkan dengan norma baharu apabila tiada penonton yang berada dalam dewan kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This