Muat naik foto bersama, ungkapan romantis beri bayangan Kaka Azraff & Adam sudah rujuk?

Dari Penulis

PENYANYI Kaka Azraff difahamkan sudah kembali rujuk dengan bekas suaminya iaitu Adam Azriff ketika dalam tempoh idah.

Kisah mereka menjad hangat selepas Adam memuat naik foto mereka bersama di Instagram ketika menghadiri sebuah acara fesyen, baru-baru ini.

Adam turut berkongsi rasa cintanya dan menzahirkan kesyukuran apabila hubungan mereka kembali bersatu.

“Apabila mereka mengatakan segala-galanya telah pun tertulis, saya berdoa kepada Allah agar namamu tertulis di sebelahku. ‘I love you a trillion’,” katanya.

Bagaimanapun, menerusi pemerhatian URTV di laman sosial Kaka, penyanyi yang juga anak saudara kepada ratu rock, Ella itu masih belum memuat naik sebarang foto atau kenyataan mengenai khabar tersebut.

Warganet turut tumpang gembira dan mendoakan agar rumah tangga pasangan itu kembali bahagia dan utuh buat selamanya.

Terdahulu, Kaka dan Adam sah bercerai talak satu dan pengesahan lafaz cerai itu difahamkan dilakukan secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, pada 28 Oktober tahun lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan, 6, Aryan, 4 dan Atta Adam yang kini berusia setahun. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This