Cara menyediakan tortilla rangup dengan pencicah guacamole…sedap dan mudah disediakan

Dari Penulis

Sedapnya tortilla rangup dengan pencicah guacamole ini. Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi yang menyelerakan ini. Jom ikuti langkah demi langkah menyediakan resipi oleh Cef eksekutif Hotel Parkroyal Kuala Lumpur, Gary Lim ini.

BAHAN
2 keping tortila
1 biji avokado – diambil isi
20gm bawang holand – dicincang kecil
20gm tomato – dicincang kecil
1 sudu kecil cili padi – dicincang kecil
1 sudu kecil bawang putih – dicincang kecil
2 sudu kecil krim masam
5ml jus lemon
Sedikit sos tobasco
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

CARA

1.Untuk pencicah guacamole, campurkan isi buah avokado dengan bawang holand, tomato, bawang putih dan cili padi.
2.Selepas itu masukkan jus lemon dan garam secukup rasa.
3.Lenyekkan semua bahan.
4.Selepas itu masukkan krim masam dan beberapa titik sos tobasco dan gaul sebati. Ketepikan.
5.Ambil tortila dan potong menjadi beberapa kepingan.
6.Kemudian goreng tortila dalam minyak panas sehingga garing.
7.Angkat dan taburkan garam secukup rasa. Hidang dengan pencicah guacamole dan krim masam.
tortilla rangup
Resepi: Cef eksekutif Hotel Parkroyal Kuala Lumpur, Gary Lim

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lebih daripada sekadar roti canai: Fatihah Frozen ajak pengguna teroka kreativiti kulinari

BERBEKALKAN azam untuk memartabatkan resipi warisan keluarga, Ketua Pegawai Eksekutif Fatihah Frozen Food Sdn Bhd, Hazirah Che Hasim terus...

More Articles Like This