Terima habuan lepaskan lori, 8 penguat kuasa JPJ Kedah ditahan SPRM

Dari Penulis

INI bukan cerita baharu. Banyak pesalah-pesalah jalan raya boleh terlepas dari tindakan undang-undang hanya kerana terdapatnya segelintir penguat kuasa mudah ‘dibeli’ atau dihulur habuan.

Walaupun ‘nila’ ini hanya setitik dua, tetapi tindakan mereka merosakkan seluruh susu sebelanga termasuk imej agensi tempat mereka berkhidmat seperti yang berlaku kepada pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah ini.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan 10 individu termasuk lapan penguat kuasa JPJ, bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan pengusaha dan pekerja syarikat pengangkutan.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata, semua suspek yang berusia antara 29 dan 63 tahun termasuk seorang wanita, ditahan di sekitar Alor Setar dan Kulim, antara 8.25 pagi hingga 7.45 malam, semalam.

Beliau berkata, selain lapan penguat kuasa berkenaan, dua yang ditahan adalah seorang pesara serta seorang orang awam.

BERITA BERKAITAN Inspektor minta rasuah sehingga RM1,500 untuk tutup kes judi

Shaharom Nizam berkata ,mereka disyaki menerima dan memberi suapan daripada pengusaha dan pekerja syarikat pengangkutan sebagai balasan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas lori milik syarikat berkenaan yang telah melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Operasi ini adalah hasil kerjasama dengan JPJ negeri Kedah,” katanya dalam kenyataan di Alor Setar hari ini.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 16(a) dan 16(a)(B) Akta SPRM 2009, kata beliau dan menambah kenyataan penuh berhubung operasi akan dibuat SPRM Putrajaya dalam masa terdekat.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This