Tetap maafkan isteri walaupun ditikam 22 kali

Dari Penulis


SEORANG suami di United Kingdom (UK) masih mampu berjiwa besar apabila memaafkan isterinya yang tergamak menikam dirinya sebanyak 22 kali kerana cemburu, sebuah mahkamah diberitahu, semalam.

Daily Mirror melaporkan, Joanne Singleton, 49, membiarkan suaminya, Kevin bertarung nyawa selepas yakin lelaki itu mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain di sebalik usia perkahwinan mereka yang mencecah 25 tahun.

Singleton menyuarakan kebimbangan tentang suaminya kepada anak perempuannya dengan mendakwa melihat Kevin bersama perempuan lain di sebalik penafiannya.

Fox Singleton pula dijatuhi hukuman penjara lapan bulan kerana membantu ibunya.

Malah wanita itu sempat menghantar teks pesanan yang menyatakan dia tidak bodoh dan inilah harinya kepada suaminya.

Pada keesokan paginya, Singleton menyerang suaminya di dapur rumah mereka.

Kevin memberitahu Mahkamah Hull:” Saya percaya dia adalah wanita yang akan saya habiskan hayat bersama.Terdapat unsur kemaafan kerana saya sayangkan dia.

“Saya tidak dapat lupa tragedi itu namun saya maafkan dia”.

Singleton meminta bantuan anak lelaki mereka, Fox, 22, yang menyembunyikan dua bilah pisau dan sebilah pisau cukur di dalam beg McDonald, mahkamah diberitahu.

Pendakwaraya, David Bradshaw berkata, Fox Singleton menghubungi ambulans dan memaklumkan operator bahawa bapanya terbaring di lantai dengan kecederaan pada kepala selain luka pada belakang badannya.

“Polis dihubungi, Fox Singleton berada di halaman rumah dalam keadaan tenant selain membaling bola pada anjing.

“Polis bertanya kepada Joanne Singleton apa yang berlaku dan dia berkata,’Saya tidak tahu. Saya baru menemukannya di atas lantai’. Pegawai itu maklum terdapat kesan darah pada pakaian Fox Singleton,” kata pendakwa raya.

Kevin kemudiannya dikejarkan ke hospital selepas anak lelakinya berkata dia menghubungi pasukan kecemasan selepas mendengar ibunya menjerit.

Pasukan forensik yang menggeledah sebuah rumah di Scunthorpe, Lincs, juga menemukan sebilah pisau pada ruangan lain rumah itu.

Singleton berkata, dia hanya mahu melihat ibunya dan tidak mahu membunuh bapanya dan hanya mahu mencederakannya walaupun boleh berbuat demikian.

Fox Singleton berkata,dia menyembunyikan pisau itu bagi melindungi ibunya.
 Anak perempuannya menyifatkan Singleton sebagai ibu dan nenek yang penyayang dalam surat kepada Hakim, John Thackray QC.

Thackray semasa menjatuhi hukuman itu berkata, agak tragik keluarga anda tidak lagi bersatu selepas serangan tersebut.

Joanne Singleton dipenjara selama enam tahun dan lapan bulan kerana mencederakan dengan niat mengakibatkan kecacatan badan.

Fox Singleton pula dijatuhi hukuman penjara lapan bulan kerana membantu tertuduh.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak bantu kempen Bersatu di PRN Johor

PAS yang sebelum ini mengumumkan untuk membatalkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membantu kempen...

More Articles Like This