SPRM tahan 73 individu kes tuntutan Daya Kerjaya 2.0 bernilai RM9 juta

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman 73 individu yang terdiri daripada ejen dan pemilik syarikat kerana disyaki memalsukan tuntutan insentif Daya Kerjaya 2.0 bernilai kira-kira RM9 juta.

Menurut sumber, kesemua suspek yang terdiri daripada 48 lelaki dan 25 wanita berusia lingkungan 20 hingga 70-an telah ditahan petang dan malam Selasa lalu di pejabat SPRM seluruh negara kecuali Perlis.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2024 hingga 2025.

“Kesemua suspek dipercayai telah membuat tuntutan palsu melibatkan bantuan penggajian daripada kerajaan sebanyak RM1,500 setiap bulan selama enam bulan untuk setiap pekerja yang diambil bekerja oleh majikan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya.

Antara individu yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam pemalsuan tuntutan insentif Daya Kerjaya 2.0 bernilai kira-kira RM9 juta.

Selasa lalu, SPRM melalui Bahagian Perisikan, Bahagian Siasatan dan SPRM negeri dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah menjalankan operasi bersepadu.

Melalui operasi tersebut, penggeledahan telah dijalankan di 90 buah lokasi melibatkan premis-premis syarikat dan telah menahan seramai 83 individu yang terdiri daripada enam orang ejen dan 77 pemilik syarikat.

Risikan yang dijalankan sejak November tahun lalu menyasarkan 143 premis syarikat seluruh negara dengan 320 individu yang dikaitkan dengan tuntutan tersebut.

Kata sumber, melalui operasi tersebut juga SPRM telah merakam 104 percakapan yang melibatkan 32 orang kena siasat (OKS) dan 72 saksi.

“Melalui operasi ini juga SPRM telah membekukan sebanyak 25 akaun bank syarikat dengan jumlah kira-kira RM390,000,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Tambah beliau, siasatan masih berjalan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This