Rindu terubat: Selepas 16 bulan terpisah kerana PKP, pengantin baharu bersatu semula

Dari Penulis

SELEPAS hanya sebulan berkahwin, pengantin baru ini terpaksa berpisah selama 16 bulan apabila suami terpaksa pulang ke negara asal Filipina dan tidak dapat kembali semula ke negara ini.

Bagaimanapun, mereka kini boleh kembali tersenyum selepas pelbagai usaha untuk membawa pulang suaminya dari negara jiran tersebut menemui jalan buntu kerana Malaysia menutup pintu sempadan selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Nur Amanina Aziz dari Kuala Lumpur dan suaminya, warga Filipina Hariz Nondrey Gomer Lara hanya hidup bersama selama sebulan selepas perkahwinan mereka pada 22 September lepas sebelum Hafiz pulang ke Filipina dan terkandas di sana.

Kisah mereka pernah dilaporkan Bernama pada 15 Sept 2020 mengenai kesan penutupan pintu sempadan dan sekatan perjalanan untuk pasangan transnasional akibat wabak itu.

“Ini adalah saat yang saya nanti-nantikan, sekian lama. Kami melalui pelbagai dugaan, waktu sukar. Apabila saya mendapat kelulusan, perasaan (gembira) itu sukar digambarkan,” kata Nur Amanina, yang turut mengalami kemurungan akibat perpisahan itu.

Bernama.com melaporkan, beliau melakukan tiga percubaan sebelum kerajaan meluluskan permohonannya pada 5 Dis tahun lepas untuk membenarkan suaminya memasuki Malaysia.

BERITA BERKAITAN TAHNIAH! Kes baharu menjunam lagi kepada 1,555 penularan

Hariz akhirnya berjaya pulang ke Malaysia pada 10 Feb lepas dan setelah menjalani kuarantin selama 10 hari, pasangan itu bersatu semula tiga minggu lepas.

Pasangan pengantin itu berkata fokus mereka kini adalah untuk mendapatkan visa pasangan buat Hariz agar mereka tidak terpisah lagi.

Pada November 2019, Hariz terpaksa kembali ke Filipina sebagai sebahagian daripada proses untuk memohon Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang atau Visa Pasangan. Apabila Hariz ingin pulang ke Malaysia untuk memulakan proses permohonan visa itu, Malaysia mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menutup sempadan.

Kes Hariz pada masa itu bertambah rumit setelah kerajaan memutuskan untuk mengharamkan kebanyakan warga dari 23 negara yang dilaporkan mencatat kes COVID-19 melebihi 150,000, yang berkuat kuasa pada 3 Sept 2020.

Pada 20 Nov, kerajaan mula memberi kebenaran kepada warga asing dari 23 negara itu yang berkahwin dengan rakyat negara ini untuk memasuki Malaysia.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This