creme brule

Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi creme brule ‘fusion’ daripada cef popular negara, Cef Adu Amran Hassan yang sememangnya cukup terkenal bereksperimen dengan resipi ini.

BAHAN
400 ml krim masakan
75 gm gula kurma
5 biji telur kuning
1 sudu besar bunga lavender
100 ml susu penuh krim
Sedikit gula kastor

CARA
1.Bunga lavender dimasukkan ke dalam susu penuh krim dan disimpan semalaman dalam peti sejuk. Ketepikan.
2.Pukul telur kuning dan gula kurma sehingga sebati
3.Panaskan krim masakan, susu bersama bunga lavender sehingga mendidih dan curahkan ke dalam adunan telur dan gula. Kacau sehingga sebati. Kemudian tapis ke dalam jug.
4.Tuangkan adunan ke dalam bekas remekin dan susunkan dalam dulang pembakar berdinding tinggi.
5.Tuangkan air panas ke dalam dulang pembakar, setengah dari ketinggian remekin. Pastikan air panas tidak terpercik atau masuk ke dalam remekin.
6.Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 150°C selama 30-45 minit.
7.Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
8.Keluarkan dari peti sejuk, taburkan gula kastor di permukaan creme brulee dan ratakan dengan belakang sudu. Renjis sedikit air ke atas gula. Kemudian bakar gula menggunakan ‘blow torch’ sehingga keemasan. Sejukkan seketika sebelum dihidangkan.

PESAN CEF : Selain bunga Lavender, boleh gunakan bunga jasmin/melur, teh hijau yang tidak diperam atau kopi.

Cef Adu Amran Hassan
Resipi: Cef Adu Amran Hassan

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi