Ayam tikka adalah salah satu juadah dari Pakistan yang sedap. Boleh dimakan begitu sahaja atau bersama nasi. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Norzila Saim ini.
BAHAN:
2 ketul dada ayam – potong kecil
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk garam masala
1 sudu kecil serbuk ketumbar
¾ cawan yogurt
1 sudu kecil halia – tumbuk
1 sudu kecil bawang putih – tumbuk
1 sudu besar jus limau
1 labu bawang besar – potong
1 biji lada benggala merah – potong
Sedikit garam
Lidi secukupnya
CARA:
1.Bersihkan ayam, lap dengan kertas tisu, masukkan ayam ke dalam mangkuk. Gaulkan dengan serbuk cili, serbuk garam masala, serbuk ketumbar, jus limau, halia dan bawang putih, gaul rata.
2.Kemudian masukkan yogurt, gaul lagi.
3.Masukkan bawang besar dan lada benggala. Gaulkan kesemuanya.
4.Ambil lidi, cucukkan ayam berselang seli dengan bawang besar dan lada, buat sehingga habis.Kemudian perap semalaman di dalam peti ais. Selepas diperap semalaman, bakar di dalam ketuhar pada suhu 200⁰C sehingga ayam garing.Sedia dihidangkan.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi