Kaji selidik UtusanTV: Zahida mendahului, Nurul Izzah ‘mengejar’

Dari Penulis


Ketua Puteri UMNO, Zahida Rafik Khan mendahului 12 calon lain dalam kaji selidik UtusanTV, ‘Siapakah pemimpin wanita pilihan anda’ yang dijalankan mulai kelmarin.

Sehingga pukul 5 petang hari ini, Zahida,42 tahun memperoleh 17,368 undi atau 26 peratus daripada 65,951 undi dalam kaji selidik yang setakat ini mendapat 71,755 klik itu.

Bagaimanapun Zahida kini ‘dikejar’ Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar,40 yang menduduki tempat kedua dengan undi 15,356 undi atau 23 peratus undi.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said pula berada di tangga ketiga dengan 13,219 undi (20 peratus) diikuti Ketua Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad di tempat keempat dengan 12,770 undi (19 peratus).

Ahli Parlimen Rantau Panjang daripada Pas, Siti Zailah Mohd Yusoff berada di tempat kelima dengan 3,612 undi (5 peratus) manakala seorang lagi Muslimat Pas, Nuridah Salleh di tempat keenam dengan 1,026 undi (2 peratus).

Ahli Parlimen Ampang, Datuk Seri Zuraidah Kamarudin mengekori di tempat ketujuh dengan 979 undi (1 peratus) diikuti Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail di tangga ke lapan dengan 757 undi (1 peratus).

Senator Aiman Athirah Al-Jundi daripada Amanah menduduki yang menduduki tempat kesembilan apabila memperolehi 452 undi (1 peratus) diikuti Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Halimah Sadique di tempat kesepuluh yang mendapat 463 undi (1 peratus).

Walaupun memegang jawatan sebagai Menteri Wanita dan Keluarga dan Ketua Wanita Bersatu namun kedudukan itu tidak mampu mengelak Datuk Seri Rina Harun berada di tempat terakhir dengan hanya mendapat undi paling rendah iaitu 91 undi (0 peratus).

Beliau berada di tangga ke-13 di bawah dua lagi calon ialah Ahli Parlimen Kuantan dari PKR Fuziah Salleh yang berada di tangga ke-11 dengan 222 undi (0 peratus) dan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin di tangga 12 dengan 124 undi (0 peratus).

Undian bagi kaji selidik ‘Siapakah pemimpin wanita pilihan anda’ yang akan diteruskan sehingga pukul 10 pagi Jumaat ini mendapat sambutan cukup menggalakkan berbanding tiga kaji selidik oleh UtusanTV sebelum ini.

Ia memandangkan dalam tempoh 48 jam undian dibuka ia kini sudah mendapat hampir 72,000 klik.

Apa yang menarik daripada jumlah itu hampir 67,000 pengunjung melakukan undian dan senario berbeza dengan tiga kaji selidik sebelum ini di bawah topik ‘ Siapa pilihan anda dalam PRU-15?’, Siapakah calon PM pilihan anda? dan ‘Siapakah pemimpin pelapis pilihan anda?

Dalam kaji selidik ‘Siapakah pilihan anda dalam PRU-15’, BN menduduki tempat pertama dengan 19,400 undi daripada keseluruhan 55,449 undi manakala bagi kaji selidik ‘Siapakah calon PM pilihan anda’, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya mengatasi sembilan calon lain apabila mendapat 27,176 undi daripada 58,188 undi keseluruhan.

Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan pula menduduki tempat pertama bagi kaji selidik ‘Siapakah pemimpin pelapis pilihan anda?’ apabila mendapat 8,009 undi daripada keseluruhan 25,751 undi.

Bagaimanapun kedudukan dan perolehan undi bagi kesemua kaji selidik dijangka berubah menjelang PRU-15. Ia bergantung kepada perkembangan politik semasa melibatkan sama ada individu atau mahupun parti-parti terlibat.

Bagi memastikan ketelusan undian, pengunjung hanya boleh mengundi sekali sahaja untuk setiap alamat internet protokol (IP).

Semasa tempoh undian, pasukan lama web UtusanTV juga memantau dengan dekat bagi mengelakkan sebarang kemungkinan penggunaan robot. Pengundian menggunakan WP-Polls (Undian WordPress) – perisian yang dikenali sebagai mempunyai peraturan yang ketat.

UtusanTV adalah platform media pelbagai kandungan berita semasa dan bisnes yang diolah bagi menampilkan perspektif yang mudah difahami umum.

Kandungan portal ini menggabungkan enam majalah yang dikenali sejak berzaman iaitu Mastika (1941), Wanita (1969), URTV (1970), Al Islam (1974), Saji (1995) dan Hijab (2013). – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This