Pulau Pinang boleh guna air ‘selut’ – MB Kedah

Dari Penulis

KES tuntutan Kedah untuk mendapatkan bayaran pampasan air dari Sungai Muda yang digunakan Pulau Pinang masih tiada noktah.

Selepas memaklumkan sebelum ini, Pulau Pinang hanya layak mendapat lima peratus sahaja bekalan air dari Sungai Muda, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mengeluarkan satu lagi amaran keras.

Katanya, Pulau Pinang berkemungkinan akan mengepam air ‘selut’ (lumpur) dari Sungai Muda sahaja pada masa akan datang sekiranya masih enggan membayar pampasan caj bekalan air kepada Kedah.

Itu amaran keras dari Muhammad Sanusi memandangkan terdapat beberapa projek yang berada dalam perancangan kerajaan negeri itu, yang mana akan memberikan kesan besar kepada aliran air Sungai Muda.

Tambah beliau, kerajaan negeri juga bersedia untuk membawa pertikaian berkaitan kes berkenaan ke mahkamah.

Bagaimanapun, pihaknya akan merujuk kepada Kerajaan Pusat dalam membentuk satu rundingan khususnya bagi menyelesaikan kemelut yang membabitkan kerajaan negeri Kedah dan Pulau Pinang.

Proses mungkin (akan) sampai ke peringkat itu (mahkamah) tetapi saya mungkin akan mohon kerjasama dari Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) untuk mengadakan proses timbang tara (rundingan) untuk mengatasi hal itu.

“Kalau timbang tara itu tidak dapat dijayakan mungkin proses seterusnya akan ke mahkamah, dan saya akan pergi ke hujung dunia untuk pertahankan hak ini,” tegasnya.

Sanusi berkata demikian ketika sidang media selepas mempengerusi Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kedah di Pejabat Daerah Yan, Yan, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow enggan memanjangkan isu penggunaan sumber air dari Sungai Muda, Kedah, dan sebaliknya memilih untuk mempertahankan hak riparian negeri itu di mahkamah.

Kon Yeow berkata, isu tersebut sering dibangkitkan Sanusi sebelum ini dan beliau sendiri sudah menyatakan kesediaannya untuk bersemuka di mahkamah sekiranya kerajaan Kedah mahu mengambil tindakan undang-undang berhubung isu berkenaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

AI@NADI usaha perluas akses pembelajaran AI komuniti

PROGRAM AI@NADI yang dilaksanakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merupakan usaha memperluas akses pembelajaran kecerdasan buatan (AI) kepada...

More Articles Like This