Berita baik peminat sukan, penonton dibenar ke stadium

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BERITA baik buat peminat sukan tempatan apabila kerajaan bersetuju membenarkan kehadiran penonton ke stadium atau venue dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran tersebut akan mula berkuat kuasa pada 1 April ini dengan dua perlawanan bola sepak dalam Liga Malaysia dibenarkan dahulu sebagai percubaan untuk menilai keberkesanan protokol pengurusan penonton.

Pada masa sama, beliau berkata, Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju membenarkan kehadiran penonton dengan syarat seramai 10 peratus kapasiti penonton atau 2,000 orang mana-mana lebih rendah dengan kawalan penyeliaan sepanjang masa di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula, Ismail Sabri berkata, seramai 25 peratus kapasiti penonton atau 8,000 orang mana-mana lebih rendah dibenarkan masuk dengan kawalan penyeliaan sepanjang masa.

“Walau bagaimanapun, semua penganjuran kejohanan dengan kehadiran penonton adalah tertakluk kepada kebenaran oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS),” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Baca artikel berkaitan: Enam negeri kekal PKPB, tiga lagi jadi PKPP

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, KBS, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga akan memantau serta membuat penilaian pematuhan protokol yang ditetapkan khususnya dalam aspek pergerakan, kemasukan dan penyuraian penonton semasa perlawanan.

Katanya, SOP lain yang perlu dipatuhi termasuk penjualan tiket secara dalam talian; penjarakan fizikal minimum 1.5 hingga dua meter antara setiap penonton dan operasi jualan hanya melibatkan kedai sedia ada di kawasan stadium sahaja.

Selain itu, pihak stadium juga perlu memastikan pergerakan masuk serta keluar penonton secara berjadual dan tersusun.

“Kita akan buat percubaan dulu kerana yang membimbangkan adalah sewaktu masuk dan keluar. Semasa masuk, penonton perlu beratur dan ada penjarakan fizikal dan sebagainya.

“Lebih membimbangkan apabila keluar semasa selesai perlawanan. Walau pun hanya 2,000 orang pun masih ramai, jadi pihak stadium perlu mengambil tindakan supaya tidak berlaku kesesakan sewaktu keluar,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This