Enam negeri kekal PKPB, tiga lagi jadi PKPP

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

ENAM negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak kekal berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama 14 hari sehingga 31 Mac.

Penguatkuasaan PKPB di Sarawak pula bermula hari ini sehingga 29 Mac depan.

Pada masa sama, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengumumkan tiga negeri iaitu Kedah, Perak dan Negeri Sembilan yang sebelum ini diletakkan di bawah PKPB bertukar status kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas mendapati jumlah zon merah di tiga negeri terbabit telah berkurangan dan bertukar kepada zon hijau.

“Namun begitu, kawasan Kuala Muda dan Kulim di Kedah masih berada di bawah PKPB kerana terdapat kluster aktif manakala PKPB turut dilaksanakan di Seremban, Negeri Sembilan kerana masih zon merah.

“Zon merah di Perak telah berkurangan dengan zon hijau bertambah menjadi 46 daripada 78 mukim. Negeri Sembilan pula menyaksikan penurunan kes mendadak dengan peratus zon hijau adalah 67.2 peratus,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Baca artikel berkaitan: Bazar Ramadan, Aidilfitri dan solat tarawih dibenarkan

PKPD di Pulau Tioman, PKP di Nabawan dilanjutkan

Sementara itu, Ismail Sabri memberitahu, tujuh negeri yang sebelum ini di bawah status PKPP iaitu Perlis, Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya dan Labuan kekal berada dalam PKPP.

Katanya, kesemua negeri tersebut menyaksikan pertambahan zon hijau dengan kes jangkitan Covid-19 juga terus menurun.

“Enam negeri yang kekal berada di bawah status PKPB itu adalah kerana masih terdapat banyak zon merah dengan kadar jangkitan turut tinggi.

“Perjalanan rentas negeri juga masih tidak dibenarkan kecuali bagi aktiviti pelancongan daripada negeri PKPP ke negeri PKPP melalui konsep gelembung perjalanan pelancongan menggunakan syarikat serta ejen pelancongan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

“Rentas daerah pula dibenarkan kecuali bagi negeri Sabah dan Sarawak atas permintaan kerajaan negeri masing-masing,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mayat lelaki ditemukan terapung bawah jambatan di Kemaman

MAYAT seorang lelaki warga tempatan ditemukan terapung di bawah Jambatan Seberang Tayor, Kemaman, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan...

More Articles Like This