ayam teriyaki

Ayam teriyaki yang membuka selera ini mudah disediakan. Memang sedap dan berbaloi untuk dicuba. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN
2 ketul ayam tanpa tulang
¼ cawan kicap soya cair
2 sudu besar cuka
1 sudu besar parutan halus halia
2 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar gula perang
1 sudu kecil gula putih
1 sudu besar minyak masak
Sedikit biji bijan
Sedikit daun bawang

CARA
1.Masukkan kicap soya cair, cuka, parutan halia, minyak bijan, gula perang, gula putih dan daun bawang dalam kuali. Didihkan.
2.Setelah bahan-bahan tadi agak pekat, campurkan sedikit minyak masak dan sapukan ke atas ayam.
3.Bakar ayam dan semasa proses pembakaran, sapukan lagi sos berulang kali di atas ayam.
4.Setelah siap, taburkan biji bijan dan daun bawang.

Resepi: Cef Nur Diana Mohd Salleh

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi