Tan Sri Rais, kita perlu beri kepercayaan pada anak muda – BN

Dari Penulis

SAYA agak keliru dengan alasan kekuathiran ibu bapa yang disebutkan YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Rais Yatim, Speaker Dewan Negera.

Apa kaitan kekhuatiran ibu bapa dengan pilihan anak-anak mereka untuk terlibat dalam Pilihan Raya sebagai pengundi?

Saya dengar YB Tan Sri juga ada bertanya :

“Adakah ibu bapa bersedia anak – anak mereka menjadi politician seusai persekolahan?”

Adakah semua yang mengundi ditakrif sebagai ahli politik?

Kalau ikut logik Tan Sri, Tan Sri anggap semua yang layak mengundi sebagai ahli politik?

Anak – anak muda kita perlu diberi peluang dan ruang yang sewajarnya untuk turut melibatkan diri dalam proses “decision making”, termasuk dalam soal Pilihan Raya.

Dunia hari ini sudah banyak berubah YB Tan Sri berbanding dengan zaman Tan Sri. Anak muda lebih berilmu dan berpengetahuan.

Ya mungkin mereka kurang berpengalaman.

Tapi bukannya tidak layak langsung

Jika kurang berpengalaman, kita yang patutnya beri tunjuk ajar dan memberdayakan mereka.

Jangan asyik merendah – rendahkan mereka.

Tan Sri Dr Rais Yatim

Pindaan Perlembagaan untuk menurunkan had umur mengundi ini menerima sokongan semua Ahli – Ahli Dewan Rakyat. Jadi adalah lebih baik sebarang langkah terkait penerusan agenda ini diputuskan Ahli – Ahli Dewan Rakyat sendiri.

Buat masa sekarang, gerakkan jentera kerajaan untuk melakukan segala persiapan terkait. Beri mereka peluang, beri mereka tunjuk ajar.

Baca artikel berkaitan: Jadi tak jadi Undi 18, Menteri KBS pula minta SPR jelaskan

YB Tan Sri perlu terima hakikat bahawa zaman sekarang adalah zaman anak muda dan kita perlu beri kepercayaan pada mereka.

Selaku Ketua Pasukan Khas Undi Automatik 18 Tahun Barisan Nasional, saya akan terus usaha bagi memantau dan memastikan pelaksanaan dasar-dasar terkait pelaksanaan Undi 18 akan dilaksana sebaik mungkin, dengan mengambil kira pelbagai faktor dan keperluan orang muda demi kelangsungan demokrasi di Malaysia.

Dato’ Sivarraajh Chandran
Naib Presiden MIC
Ketua Pasukan Khas Undi Automatik 18 Tahun Barisan Nasional

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Satu ID untuk kuasai semuanya: MyDigital ID ‘hadiah’ atau kuda Trojan?

JIKA anda cuba memperbaharui cukai jalan minggu lalu dan dipaparkan mesej timbul “Oops! Something went wrong”, anda bukan bersendirian....

More Articles Like This