1,671 kes baru, Selangor, P. Pinang, Sabah catat kenaikan

Dari Penulis

JUMLAH kes baru COVID-19 di Malaysia setakat tengah hari tadi ialah 1,671 kes baru, menjadikan jumlah kes positif sebanyak 331,713 kes.

Daripada jumlah kes baharu hari ini, 1,669 merupakan kes tempatan melibatkan 1,038 warga tempatan dan 631 bukan warganegara manakala dua lagi adalah kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 652 kes diikuti oleh Pulau Pinang sebanyak 328 kes dan Sarawak sebanyak 154 kes.

Jumlah kes baru di Selangor hampir dua kali ganda berbanding semalam, sementara Sabah kembali mencatat tiga digit buat sejak 1 Mac.

Terdapat masing-masing tiga kes baharu dilaporkan di Pahang dan Labuan,” katanya dalam ciapan Twitter rasmi beliau di sini hari ini.

Ujarnya lagi, tiada kes baharu dilaporkan di Putrajaya dan Perlis hari ini.

Jumlah kes baru di Pulau Pinang merupakan yang tertinggi dalam tempoh 16 hari dan jumlah kes baru hari ini merupakan kedua tertinggi dicatat di negeri itu sejak gelombang ketiga jangkitan Covid-19 melanda.

Noor Hisham berkata, sebanyak 1,585 kes sembuh dilaporkan selain empat kematian, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh daripada COVID-19 di negara ini ialah 316,042 manakala angka keseluruhan kematian kini ialah 1,229 orang.

BERITA BERKAITAN Kes baharu lepasi 1,500, lonjakan di Sarawak dan P. Pinang

Kes baru setiap negeri adalah seperti berikut:

Selangor (652)

Penang (328)

Sarawak (154)

Johor (130)

Sabah (102)

Kuala Lumpur (78)

Kelantan (63)

Kedah (46)

Perak (37)

Terengganu (32)

Negeri Sembilan (25)

Malacca (18)

Labuan (3)

Pahang (3)

Putrajaya (0)

Perlis (0)

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Had usia 16 tahun: Kawal selia ditetapkan, elak pengesahan umur dimanipulasi

BEBERAPA langkah kawal selia telah ditetapkan termasuk pengesahan umur yang mesti disokong rekod rasmi kerajaan dan bukan sekadar pengisytiharan...

More Articles Like This