UMNO,Pas Selangor komited jayakan piagam Muafakat Nasional

Dari Penulis


Ketika hubungan antara UMNO dan Pas terus diuji berikutan keputusan UMNO untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Muafakat Nasional (MN) Selangor hari ini menegaskan komitmen untuk menjayakan piagam yang ditandatangani oleh kepemimpinan kedua-dua parti pada 14 September 2019.

Dalam kenyataan bersama hari ini, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr.Ahmad Yunus Hairi (Pas) dan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar berkata, sejak piagam itu ditandatangani kedua-dua parti telah bergerak memperkukuhkan hubungan dan kerjasama pelbagai peringkat sehingga ke akar umbi di kesemua 22 kawasan Parlimen negeri itu.

‘’Selain (itu turut) menyeru rakyat khususnya umat Melayu Islam di negeri ini untuk bersama mendukung dan menyokong proses penyatuan ummah yang diusahakan oleh MN,’’ katanya kenyataan tersebut.

Dr.Ahmad Yunus dan Noh yang merupakan Pengerusi Bersama MN Selangor menegaskan, musuh politik Pas dan UMNO khususnya Pakatan Harapan (PH) amat mengharapkan permuafakatan kedua-dua parti itu dipecahkan.

Lantas tegas mereka, pelbagai usaha dilancarkan untuk menggagalkan usaha murni itu.

‘’MN Selangor tidak akan berputus asa memastikan penyatuan umat Melayu Islam di negeri ini dapat dijayakan dan akhirnya MN dapat merampas kembali negeri Selangor dari tangan PH yang didominasi DAP,’’ kata mereka.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mayat lelaki ditemukan terapung bawah jambatan di Kemaman

MAYAT seorang lelaki warga tempatan ditemukan terapung di bawah Jambatan Seberang Tayor, Kemaman, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan...

More Articles Like This