PENDAFTARAN vaksin COVID-19 telah meningkat kepada 7,329,610 orang
di MySejahtera setakat tengah malam tadi.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, ini menunjukkan semakin ramai mendaftar untuk melindungi diri, keluarga dan masyarakat seluruh negara.
“Fasa 2 akan bermula, tidak lama lagi. Segeralah mendaftar untuk menerima vaksin COVID-19 di https://vaksincovid.gov.my/en/guide.
“Boleh juga menerusi talian telefon hotline 1800-888-828 atau secara bersemuka di fasiliti (seperti ) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook beliau.

Selangor mencatatkan pendaftaran tertinggi dengan lebih dua juta, diikuti Johor 942,337 dan Kuala Lumpur 619,129.
Baca arrtikel berkaitan: Fasa kedua suntikan vaksin Covid-19 bermula 19 April
Tambah Dr Adham, mengenai status Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pula, setakat jam 11.59 malam, 29 Mac 2021 adalah seperti berikut:
“Dos 1 dilaksana setakat kelmarin = 461,907
Dos 1 dilaksana pada 29 Mac 2021 = 7,655
“Dos 2 dilaksanakan setakat kelmarin = 159,510
Dos 2 dilaksanakan pada 29 Mac 2021 = 26,653,” katanya.
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

