mahathir
Dr Mahathir Mohamad

KITA akan ketawa setiap kali dengar kenyataan saudagar unta dalam filem Tiga Abdul arahan P. Ramlee: “Jual orang lagi untung dari niaga unta.”

Mungkin itu juga yang dimaksudkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila hari ini mengeluarkan satu lagi kenyataan ringkas bertajuk ‘Duit Buta’ yang penuh sindiran mengenai pemimpin-pemimpin yang terlibat dalam ‘politik wang’.

Melalui tulisan dalam bentuk 17 ringkasan fakta itu, bekas Perdana Menteri memberikan kritikan pedas mengenai situasi pemimpin-pemimpin yang melompat parti bertujuan memperkukuhkan sesuatu gabungan dengan ada yang ditawarkan sehingga RM5 juta.

Isu lompat melompat parti yang dipercayai berlaku disebabkan mendapat tawaran lebih baik dari ‘tempat baru dilompat’ atau dihuraikan oleh Dr. Mahathir sebagai mendapat ‘duit buta’ (duit yang diperoleh tanpa perlu berusaha).

BERITA BERKAITANTun Mahathir dan Rule of Law

Berikut ialah kenyataan penuh yang dipetik di blog Dr. Mahathir (http://chedet.cc).

  1. Apa lebih sedap dari dapat duit buta.
  2. Itulah ajaran Cikgu Najib.
  3. Tak payah kerja, cuma pangkah saja, dapat duit.
  4. Lompat – lagi banyak duit. Rakyat pilih Kerajaan. Penyangak beli wakil pilihan rakyat.
  5. More duit buta. Belum jadi wakil rakyat tak ada harga.
  6. Oleh itu bertanding dalam PRU. Menang. Parti pun menang. Jadi Kerajaan.
  7. Harga wakil rakyat Kerajaan naik melambung.
  8. Fikir. Dari seorang yang tak ada seduit pun ditawar lima million Ringgit jika sanggup lompat.
  9. Bodohlah kalau tak lompat. Sesungguhnya politik lebih cepat kaya dari berniaga.
  10. Boleh jadi sampai Perdana Menteri.
  11. Pendapatan naik, peluang rasuah – banyak duit lagi.
  12. Apa jadi pada maruah. Itu biar kepada orang lain.
  13. Biar mereka bersyarah, biar mereka mengeluh.
  14. Datang PRU – mereka pun jual undi. Jadi wakil rakyat jual bangsa, jual negara, jual agama.
  15. Politik lebih untung dari berniaga.
  16. Tak payah buat apa. Duit buta datang bercurah.
  17. Sedap sungguh duit buta.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram