Resipi paf ikan

Dari Penulis

Tercari-cari judah minum petang? Apa kata cuba resipi paf ikan ini. Memang sedap dan pasti seisi keluarga akan menggemarinya.

BAHAN- BAHAN :
6 keping paf pastri lapis
BAHAN INTI
300 gm ikan dori – potong kiub
1 labu bawang besar – potong kiub
1 batang leek – hiris nipis
2 ulas bawang putih – cincang halus
3 sudu besar mentega
2 sudu besar krim UHT
1 sudu besar tepung jagung – cairkan dengan sedikit air
Garam dan lada sulah secukup rasa
Bahan sapuan – sebiji telur.

CARA MENYEDIAKAN:
1.Panaskan mentega, tumis bawang putih hingga harum, masukkan ikan dori dan semua bahan inti.
2.Masak hingga agak pekat. Sesuaikan rasanya dengan garam dan lada sulah.
3.Sapu telur di setiap pastri lapis dan letakkan inti . Tutup dengan satu lapisan lagi pastri. Sapu permukaan dengan telur.
4.Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 180?C selama 35 minit atau keperang-perangan.

Resipi: Cef Asma Nordin, Puchong

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bukan Sekadar Minuman Moden, Koppiku Bawa Misi Lestarikan Warisan Peniaga Cendol Jalanan

BERDEPAN arus pemodenan, ikon pencuci mulut kebanggaan rakyat Malaysia iaitu cendol, kini diberi nafas baharu menerusi inovasi minuman gaya...

More Articles Like This