‘Dikencing’ rakan kongsi, lelaki rugi RM1.2 juta penipuan pelaburan – Ayob Khan

Dari Penulis

SEORANG lelaki mengalami kerugian RM1.2 juta gara-gara ditipu rakan kongsi perniagaannya yang memperdayakan mangsa untuk membuat pelaburan dalam sektor pelancongan dan hartanah di dalam dan luar negara.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata mangsa berusia 52 itu dikatakan telah menyerahkan wang berkenaan kepada rakan perniagaannya berumur lingkungan 30-an yang dikenalinya di Kuala Lumpur pada tahun 2019, melalui beberapa transaksi sejak 2019 sehingga 2020.

“Mangsa dijanjikan pulangan dividen dan milikan saham sebuah syarikat sebanyak 23.3 peratus berserta modal perniagaan.

“Dia juga dijanjikan akan mendapat keuntungan semula daripada modal yang dilaburkan,” katanya dalam satu kenyataan di Johor Bahru hari ini.

BERITA BERKAITAN Datuk Seri Nicky terlepas sebab maklumat operasi bocor, pegawai terlibat dikenal pasti – Ayob Khan

Menurut Bernama.com, mangsa mula menyedari ditipu apabila individu terbabit menghilangkan diri sebelum membuat laporan di Balai Polis Johor Jaya, di sini, pada Khamis (1 April).

Menurut Ayob Khan, setakat ini hanya mangsa yang diperdaya individu berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Justeru beliau mengingatkan orang ramai agar sentiasa peka dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi terutamanya yang melibatkan transaksi kewangan.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This