DOCM jelajah satu Malaysia bantu asnaf, ibu tunggal

Dari Penulis


KELAB permotoran Desmo Owners Club Malaysia (DOCM) akan menjelajah satu Malaysia bagi memberi sumbangan terutamanya kepada golongan B40, asnaf dan Ibu tunggal.

Pengerusi DOCM, Ainul Hasri Shah Abu Hassam berkata, inisiatif dilakukan kelab itu berikutan kejayaan pelaksanaan dua program pemberian sumbangan barangan keperluan harian kepada golongan memerlukan sekitar Lembah Kelang.

Nazir Hussin (dua dari kanan) dan Ainul Hasri (kanan) pada program pemberian sumbangan Dana Permai Relief Fund 2021 anjuran Kelab permotoran Desmo Owners kepada ibu tunggal di sekitar Kuala Lumpur semalam.

“InsyaAllah selepas ini kita akan pergi ke Perak dan Johor pada 8 dan 9 April sebelum meneruskan perjalanan ke seluruh negeri di Malaysia.

“Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana telah memberi Permai Relief Fund untuk diagihkan kepada golongan B40 asnaf dan ibu tunggal yang disokong oleh Telekom Malaysia,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian selepas hadir pada program pemberian sumbangan Dana Permai Relief Fund 2021 anjuran Kelab permotoran Desmo Owners kepada ibu tunggal di sekitar Kuala Lumpur.

Hadir sama menyampaikan bantuan adalah Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin.

Pada majlis itu, seramai 150 orang ibu tunggal menerima bantuan yang berbentuk beras, tepung gandum, telur dan bahan makanan kering.

Ainul Hasri menambah, sumbangan itu merupakan kali kedua dianjurkan oleh DOCM selepas membantu golongan asnaf dan ibu tunggal di Masjid Subang Perdana di Shah Alam kelmarin.

Sementara itu, seorang penerima, Hajimah Saad, 70,  yang sebelum ini bekerja sebagai tukang bersih pejabat, hilang mata pencarian selepas terlibat dalam satu kemalangan langgar lari ketika balik dari tempat kerja.

Menurut Hajimah, bantuan yang diterima kini kurang berbanding ketika sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas ditambah dengan kadangkala kelewatan bantuan daripada JKM.

“Kalau ada bantuan waktu sekarang yang diberikan kepada makcik, makcik memang sangat bersyukur, lagi-lagi sekarang ini dah nak dekat bulan Ramadan,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This