KKAIMB sumbang RM50,000 bantu asnaf miskin di Pulau Pinang

Dari Penulis

KOPERASI Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) memperuntukkan sebanyak RM50,000 sebagai sumbangan zakat kepada 250 asnaf miskin di seluruh Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Sumbangan zakat berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang juga penaung KKAIMB, Datuk Shabudin Yahaya pada majlis yang diadakan di Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini

Turut hadir Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz, Pengerusi Ahli Lembaga KKAIMB, Saad Ishak; Ketua Pegawai Kewangan KKAIMB, Amir Hamzah Rahmat; Ketua Pegawai Operasi KKAIMB, Azrul Nizam Akashah serta pengurusan kanan KKAIMB dan AIM.

Dalam ucapannya, Shabudin berkata, sumbangan zakat tersebut salah satu tanggungjawab sosial KKAIMB bagi meringankan beban asnaf serta menyerikan lagi sambutan Syawal mereka.

BERITA BERKAITAN Shapadu CR Asia raikan masyarakat, asnaf dan anak yatim Kampung Bukit Raja Darat

Menurutnya, secara keseluruhannya, KKAIMB memperuntukkan sebanyak RM250,000 untuk sumbangan zakat di beberapa kawasan di seluruh negara.

Ujarnya, majlis sama telah diadakan pada 30 April lalu di Tanjong Karang, Selangor yang disempurnakan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.

Untuk rekod, KKAIMB adalah sebuah koperasi kredit yang ditubuhkan pada 13 Jun 1996 di bawah Akta Koperasi 1993 dengan keanggotaan sehingga kini seramai 2,047 ahli dan modal syer sebanyak RM2.08 juta.

Perkhidmatan utama KKAIMB adalah Pengurus Tabung Khairat Hutang (TKH), pembiayaan Islam dan kemudahan kredit kepada anggota, pembekalan, hartanah dan perladangan. – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This