Muqharabbin gesa Ahmad Zahid tukar Tajuddin sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO

Dari Penulis


EXCO Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin meminta pucuk pimpinan parti itu menukar segera Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO.

Beliau membuat gesaan itu kerana mendakwa Ahli Parlimen Pasir Salak itu tidak mengetahui bagaimana mahu mengemudi jentera jentera pilihan raya.

‘’Beliau tidak tahu langsung mengemudi gerakan jentera PRU, sebaliknya memecahbelahkan lagi jentera-jentera di bahagian. Semasa beliau ke Parlimen Lembah Pantai dan Tangga Batu, kenyataan-kenyataan beliau bukan ke arah strategi parti, sebaliknya hanya banyak sembang kosong dan tidak membantu jentera parti,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 2 Apri lalu dalam wawancara bersama FMT, Tajuddin mempersoalkan agenda Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin yang meminta supaya UMNO mengadakan pemilihan parti.

“Apa agendanya? Kita nak fokus kita punya tenaga, apa sahaja kita boleh, fokus untuk PRU15. Kalau minta pemilihan parti, berteraburlah. Kita perlu fikir untuk kemenangan parti, bukan fikir kepentingan diri.

‘’Kita perlu fikir untuk kemenangan parti. Bukan fikir kepentingan peribadi. Nak jawatan itu, jawatan ini. Ini nak pemilihan parti, tujuannya apa?” katanya.

Tajuddin turut mempersoalkan kejujuran Ahli Parlimen Rembau itu dan pemimpin UMNO yang sependapat dengannya, khususnya rekod mereka ketika Umno menempuhi pelbagai cabaran.

“Masa kita jatuh dan kalah, kamu dekat mana? Mana kamu? Masa kita kalah. Masa kita bangkit semula bersama Pas, dalam penyatuan Ummah dan Muafakat Nasional (MN), kamu di mana? Sekarang kamu lihat UMNO sudah bagus, kamu kembali. Nak jadi jaguh. Keikhlasan kamu di mana?” katanya dalam wawanacara bersama FMT.

Muhamad Muqharabbin dalam kenyataannya turut membidas kenyataan Tajuddin berkaitan Khairy itu.

‘’Saya juga ingin menempelak kenyataan beliau yang menyatakan Khairy tidak turun membantu PRK. Saya saksi yang beliau (Khairy) hadir dan turun di setiap PRK serta membantu calon-calon BN sepanjang PRK. Beliau fokus di tempat-tempat ceramah.Cuma tidak bersama di ceramah Muafakat Nasional sahaja. Itupun bukan beliau tidak mahu hadir. Masing-masing punya peranan sepanjang PRK,’’ tegasnya.

Muhamad Muqharabbin mendakwa, mendapat banyak maklumbalas negatif daripada rakyat berkenaan Barisan Nasional (BN).

‘’Ya, ramai yang rindukan BN, tapi mereka tidak suka dengan perangai dan muka-muka pemimpin yang lama. Bukan mereka tidak berjasa, tetapi, rakyat mahu BN menampilkan calon-calon baru yang lebih wibawa demi kemenangan PRU 15,’’ katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta Ahmad Zahid berani menampilkan mula untuk PRU-15.

‘’Sekiranya rakyat minta poster PM kita bukan Presiden sendiri, saya yakin, Ahmad Zahid begitu berjiwa besar untuk memilih sesiapa sahaja demi UMNO dan rakyat. Saya percaya, sekiranya Presiden berani melakukan hal ini, beliaulah akan menjadi punca kejayaan BN untuk PRU Ke-15 dan akan diangkat sebagai wira sebenar UMNO sepanjang zaman,’’ katanya. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This