Chef Wan ‘bersuara’ mengenai pernikahan Serina, akui terkejut -“Rina…Rina suka hatilah!

Dari Penulis

BAHARU beberapa jam berkongsi berita gembira mengenai pernikahannya, bapa kepada pelakon Serina Redzuawan iaitu Chef Wan pula ‘bersuara’ mengenai majlis tersebut.

Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail mengakui agak terkejut dengan perkahwinannya anak perempuannya itu.

Malah, dia mendapat tahu mengenai berita tersebut selepas kakaknya menghantar tangkap layar laman sosial Instagram yang dikongsikan oleh Serina.

“Kakak saya kirimkan gambar ini kepada saya. ‘Anak kau dah kahwin, kau tak tahu? Dia umumkan lagi dalam Instagram (IG)’. Saya sangat terkejut.

“Dua minggu lalu, dia berkeras nak bernikah juga sebelum puasa. Dia cakap ‘Rina dah nikah di Siam pun Papa!’.

“Jantung saya bagi disambar petir ketika itu. Nak nikah rumah Papa untuk urusan nikah semula di Malaysia, saya terus tidak menjawab apa yang dia katakan,” luahnya.

Dedah Chef Wan lagi, selepas apa yang berlaku di belakangnya dan setelah diberikan nasihat sebelum ini, dia akui tidak terkejut dengan apa yang berlaku ketika ini.

“Dulu pun dia memalukan saya dengan kiash Hani Mohsin dia itu. Dengan apa yang terjadi di belakang saya setelah apa yang saya nasihat, saya tidak terkejut.

“Sebagai bapa, sudah tentu tindakan mereka itu telah mengecewakan saya. Saya tak melarang pun dia nikah. Pergi bernikah di Siam…dah lama baharu beritahu bapanya, adakah anda fikir bagus budi bahasa anak jenis begini?

“Rina…Rina suka hati kau oranglah. Masing-masing pun dah tua dan tahu tanggungjawab dengan apa yang dilakukan terutama sekali di belakang saya.

“Sebanyak banyak kamu dah menyakitkan hati saya, saya akan telan sahajalah. Pada ketika ini, sudah tentu mana-mana ibu bapa akan rasa macam mana perasaan saya ketika in. Kita doakan yang terbaik dan aminkan pernikahan mereka ini,” ulasnya.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gali pengalaman sendiri, Shiha Zikir kongsi kisah survival hidup dalam single Mula

PENYANYI, Shiha Zikir mengambil pendekatan berani dengan menolak trend lagu jiwang klise menerusi pelancaran single terbaharunya yang berjudul Mula. Kolaborasi...

More Articles Like This