Resipi bihun belacan Sarawak hidangan istimewa dan unik

Dari Penulis

Juadah bihun belacan Sarawak ini mungkin asing bagi rakyat Malaysia di Semenanjung. Kalau nak tahu, hidangan unik ini adalah menu istimewa dan popular di Sarawak selain mi kolok dan laksa Sarawak. Rasanya sedap dan mudah disediakan. Jom cuba!

BAHAN
200 gm bihun – rendam kembang
1 keping sotong kembang – rebus
Sedikit timun – hiris nipis
Sedikit tepung jagung – campur dengan air
Sedikit tauge
1 biji telur padi – potong empat
Garam dan gula
Minyak masak untuk menumis

BAHAN KISAR
50 gm belacan
50 gm udang kering
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah

CARA
1.Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga wangi dan masukkan air secukupnya.
2.Biarkan ia mendidih dan masukkan garam serta gula secukup rasa.
3.Masukkan pula sedikit tepung jagung yang dicampur dengan air untuk memekatkan kuah. Kacau sebati.
4.Masukkan bihun di dalam mangkuk dan letak sotong kembang, tauge, telur padi dan timun di atasnya.
5.Tuangkan kuah dan sedia dinikmati.

Resipi: Restoran Dapur Sarawak.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bukan Sekadar Minuman Moden, Koppiku Bawa Misi Lestarikan Warisan Peniaga Cendol Jalanan

BERDEPAN arus pemodenan, ikon pencuci mulut kebanggaan rakyat Malaysia iaitu cendol, kini diberi nafas baharu menerusi inovasi minuman gaya...

More Articles Like This