Suspek kes pukul pengawal peribadi akan diserah kepada IPD Klang

Dari Penulis

SUSPEK utama kes tampar, pukul dua pengawal peribadinya yang berpuasa selain mengacu pistol ke arah mereka akan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan kes terbabit hampir lengkap dan pihaknya akan mencadangkan pertuduhan terhadap suspek di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

“Reman suspek akan tamat pada Sabtu dan kita akan serahkan dia ke IPD Klang Selatan untuk siasatan di sana.

“Dalam masa sama, kita akan hantar kertas siasatan ke Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat,” katanya di Kuala Lumpur, hari ini seperti yang dipetik di SinarHarian.com.

Mohamad Zainal memaklumkan suspek berusia 43 tahun itu berada dalam tahanan reman tiga hari di Ibu IPD Dang Wangi selepas ditahan di sebuah lokasi di Klang, Selangor kira-kira jam 8.30 malam pada Rabu susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa.

BERITA BERKAITAN Pukul pekerja puasa: Polis kesan gesaan berbaur ugutan, termasuk mengepung Klang

Dalam kejadian jam 10 malam Selasa itu, kedua-dua mangsa ditampar dan dimarahi apabila memberitahu mereka berpuasa selepas ditanya sama ada mereka berpuasa atau tidak ketika berada di lobi Residensi One KL, Jalan Pinang, Kuala Lumpur.

Kedua-dua mangsa kemudian mengikut suspek ke rumahnya di Batu Nilam, Klang, Selangor, sebelum dipukul dengan sebatang rotan serta diacu pistol.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, empat individu merupakan pekerja kepada majikan tersebut telah ditahan pihaknya yang kini direman selama lima ke tujuh hari bermula Khamis bagi membantu siasatan.

Arjunaidi berkata, hasil serbuan pada Rabu di sebuah rumah seorang daripada suspek di Bukit Tinggi di Klang telah merampas sepucuk pistol dan 10 butir peluru, rotan yang digunakan untuk memukul kedua-dua mangsa selain membawa kepada penemuan 100 kilogram jongkong emas dan 12,500 not kertas AS$100 dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM28.25 juta.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Empat direman dera pembantu rumah di Johor

DUA pasangan suami isteri ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam insiden memukul tiga pembantu rumah warga Indonesia yang rakaman...

More Articles Like This