Wanita terjun laut di Jambatan P. Pinang, suami pertaruh nyawa untuk selamatkannya

Dari Penulis

MACAM dalam drama. Dalam kejadian petang ini, seorang lelaki terpaksa terjun dari Jambatan Pulau Pinang untuk menyelamatkan isterinya yang terjun lebih awal.

Manakala, anak mereka yang berusia 10 tahun bertindak berani menahan kenderaan di kilometer 1.0 jambatan itu bagi mendapatkan bantuan daripada orang ramai.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, wanita berusia 45 tahun terbabit dipercayai terjun ke laut selepas motosikal ditunggang suaminya berhenti di tepi jambatan itu.

Si suami yang terkejut dengan tindakan isterinya kemudian bertindak terjun juga untuk menyelamatkan isterinya, manakala anak mereka menahan kenderaan bagi meminta bantuan.

PIHAK Bomba membawa mangsa dan pasangannyan dibawa naik melalui Pangkalan Polis Marin, Batu Uban. – Gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Beberapa penunggang motosikal yang melihat kejadian itu kemudian berhenti dan menghubungi pihak berkuasa.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang berkata, mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 4.40 petang yang memaklumkan insiden seorang wanita terjun ke laut.

BERITA BERKAITAN Jambatan gantung runtuh di Jeli baru siap 50 peratus

Katanya sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai bergegas ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

“Sebaik tiba kami mendapati seorang wanita terjun berada dalam namun dia diselamatkan suaminya yang turut dan dibawa ke tiang 107 jambatan tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Katanya, pihak bomba kemudian turun ke situ menggunakan kaedah ‘rappelling’ sebelum memujuk dan menenangkan mangsa serta pasangan tersebut dibawa ke jeti Batu Uban menggunakan bot nelayan diiringi polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Shafee Abd Samad mengesahkan kejadian dan berkata polis masih menjalankan siasatan berhubung punca wanita berkenaan bertindak sedemikian.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This