Insiden letak syarat kaum tidak patut berlaku lagi – TMJ

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEJADIAN sebuah sekolah di Johor yang meletakkan syarat kaum dalam pendaftaran kokurikulum sekolah tidak seharusnya berlaku lagi selepas ini demi keharmonian awam.

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, sekolah merupakan tempat memupuk semangat perpaduan antara rakyat Johor dan bukan memecah-belahkan masyarakat.

Titah TMJ, tindakan yang dilakukan pengurusan sekolah itu juga tidak selaras dengan konsep Bangsa Johor yang memupuk perpaduan antara kaum di bawah satu identiti untuk semua rakyat Johor.

“Saya menerima makluman mengenai kejadian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Bentara Luar, Batu Pahat yang melibatkan syarat kaum untuk pendaftaran aktiviti kokurikulum.

“Saya telah bertitah kepada pengetua sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor bahawa kejadian ini tidak patut berlaku lagi di mana-mana sekolah di negeri Johor.

“Kejadian ini perlu dielakkan untuk mengekalkan kesejahteraan awam dan perpaduan rakyat,” titah Tunku Ismail menerusi hantaran dalam akaun Facebook rasminya hari ini.

Baca artikel berkaitan: Sekolah di 7 daerah PKP Kelantan ditutup seminggu

Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima menghadap Sahilon, Suhaimi, Ismail dan Abdul Razak hari ini berhubung isu sekolah meletakkan syarat kaum. – GAMBAR: Facebook Rasmi Tunku Mahkota Johor.

TMJ telah menerima menghadap Timbalan Pengarah JPN merangkap Pemangku Pengarah JPN Johor, Sahilon Abd. Halim; Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat, Dr. Suhaimi Ismail; Pegawai Daerah Batu Pahat, Ismail Abu dan Pengetua SMK Dato’ Bentara Luar, Abdul Razak Hamid hari ini berhubung isu tersebut.

Baru-baru ini, tular dalam media sosial apabila sekolah tersebut mengeluarkan surat meletakkan syarat kaum bagi pendaftaran aktiviti kokurikulum pelajar Tingkatan 1.

Antara syarat berkenaan termasuk Kelab Bahasa Cina hanya terbuka kepada pelajar kaum Cina, bola sepak (Melayu), bola keranjang (Cina), ping pong (Cina), bola jaring (Melayu) dan sepak takraw (Melayu).

Pentadbiran SMK Dato’ Bentara Luar menerusi Abdul Razak kemudiannya tampil memohon maaf atas insiden terbabit yang disifatkan terlepas pandang mengenai isu perkauman.

Dalam surat permohonan maaf yang dikongsi di akaun media sosial TMJ itu, Abdul Razak turut memaklumkan kesilapan berkenaan tidak disengajakan dan terjadi disebabkan kurang ketelitian sebelum maklumat disebarluas.

Menurut Abdul Razak, pentadbiran sekolahnya turut berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang berlaku.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Keperluan mempercepat peralihan tenaga di Malaysia

MALAYSIA perlu mempercepat peralihan tenaga kerana negara berdepan risiko krisis bekalan tenaga, ketidaktentuan harga bahan api global, tekanan subsidi...

More Articles Like This