KETUA Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay semalam melawat bazar Ramadan sekitar kawasan Iskandar Puteri bertujuan memantau tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan peniaga dan pengunjung.
Beliau kemudiannya meninjau kawasan Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Benteng di Simpang 4, Jalan Tanjung Pelepas, Iskandar Puteri bagi melihat sendiri keadaan anggota bertugas dan keadan pengguna jalan raya.

Turut hadir dalam kedua-dua lawatan itu adalah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Datuk Mohd Haffiz Ahmad, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Johor SAC Alzafny Ahmad, Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Supt. Ibrahim Mat Som, Pegawai Turus Ketenteraman Awam (PTKA) Johor, DSP Mohd. Nawi Yunus.


