Kesian peniaga… Pengunjung gagal patuh SOP, bazar Ramadan Greenwood ditutup 4 hari

Dari Penulis

KERANA gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengarahkan bazar Ramadan Greenwood, Gombak ditutup selama empat hari bermula esok.

Penutupan bazar dibuat esok setelah mengambil kira kebajikan para peniaga yang telah memasak untuk jualan hari ini.

Menurut Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad, notis tutup bazar mengikut Seksyen 18 (1) (f), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) telah diserahkan kepada wakil pengelola JKP Zon 3 di Jabatan Pelesenan hari ini.

BERITA BERKAITAN Sistem laluan Bazar Aidilfitri Jalan TAR undang rungutan peniaga

“Selain menyerahkan notis, pihaknya turut menerangkan SOP yang perlu dipatuhi bagi tujuan pembukaan semula bazar kepada wakil pengelola yang hadir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Zin menjelaskan, MPS telah menetapkan kepada semua penganjur dan pengelola untuk melaksanakan tiga SOP tambahan iaitu penggunaan kad nombor giliran kepada pengunjung, mewujudkan laluan sehala di dalam bazar dan tidak membenarkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan warga emas 65 tahun ke atas masuk ke bazar Ramadan.

“MPS akan sentiasa membuat pemantauan di bazar-bazar Ramadan di kawasan pentadbiran bagi memastikan tiada pelanggaran SOP berlaku,” tambahnya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This