Kes baharu COVID-19 naik lagi, kali ini cecah 3,332

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SELEPAS melaporkan jumlah kes harian melebihi angka 3,000 buat pertama kali sejak dua bulan semalam, kadar kes baharu hari ini melonjak lagi mencecah 3,332 kes.

Jumlah yang dilaporkan hari ini juga menyaksikan kadar tertinggi kes baharu COVID-19 dalam negara sejak merekodkan 3,499 kes pada 13 Februari lalu.

Lebih membimbangkan, buat hari kedua berturut-turut Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi pada kadar empat angka berjumlah 1,083 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tiga negeri dan wilayah lain yang masih lagi merekodkan kadar tertinggi adalah Sarawak (522 kes); Kelantan (401 kes) dan Kuala Lumpur (359 kes).

Pada masa sama, lima negeri lain turut mencatatkan kes baharu melebihi tiga angka iaitu Johor (207 kes), Pulau Pinang (158 kes); Sabah (131 kes); Negeri Sembilan (111 kes) dan Kedah yang melaporkan 105 kes.

Baca artikel berkaitan: Kes baharu kembali lebih 3,000, Selangor tertinggi

“Sebanyak 92 kes dilaporkan di Pahang; 91 di Perak; 43 di Melaka dan 19 kes dikesan di Terengganu.

“Di Putrajaya pula, sebanyak sembilan kes dikesan diikuti satu kes di Perlis dan tiada kes dilaporkan di Labuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Noor Hisham memaklumkan sebanyak 15 lagi kes kematian hari ini melibatkan 14 warganegara dan seorang bukan warganegara.

Katanya, ia melibatkan masing-masing empat kes di Kelantan dan Kuala Lumpur; tiga kes di Selangor, dua di Sarawak dan masing-masing satu kes di Johor dan Sabah.

“Jumlah kes baharu yang dilaporkan hari ini menjadikan kumulatif kes COVID-19 seluruh negara sebanyak 404,925 kes dengan 28,093 merupakan kes aktif.

“Sebanyak 1,943 kes pula dikesan sembuh menjadikan kes kumulatif sembuh adalah berjumlah 92.7 peratus atau 375,240 kes.

“309 kes sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 147 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” jelas beliau.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memberitahu terdapat 12 lagi kluster baharu telah dikenal pasti hari ini melibatkan empat kluster komuniti, masing-masing tiga kluster institut pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan kluster tempat kerja serta dua kluster keagamaan.

“Sebanyak tiga kluster baharu dilaporkan di Selangor, masing-masing dua di Sarawak, Kelantan, Perak dan Johor serta satu Pahang.

“Jumlah kluster aktif ketika ini adalah sebanyak 378 dengan 83 kluster telah merekodkan pertambahan kes baharu hari ini,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

64 projek pembangunan semula sekolah daif siap sejak 2025

SEBANYAK 64 projek pembangunan semula sekolah daif telah berjaya disiapkan di seluruh negara sejak tahun 2025 hingga suku kedua...

More Articles Like This