Pemilik Harvest Cafe, Emi Juliani Usman Effendi (dua dari kiri) melayani Ramlah Ram (kanan), Dato' Jamal Abdillah (dua dari kanan) dan Ara Johari (kiri) mengambil juadah berbuka puasa di Cafe Hotel Grand Campbell, Kuala Lumpur.
GAMBAR: Abd Razak Aid
Menu iftar dengan hanya RM40.00 dengan lebih 60 seleksi menu berbuka, Harvest Cafe tampil bermurah hati menawarkan harga runtuh kepada warga Kuala Lumpur berbuka puasa.
Menurut pemilik, Emi Juliani Usman Affendi, dia dan suami, Kelana @ Abd Razak bin Abdul Aziz, mahu tampil bersama membantu orang ramai yang tersepit di kala pandemik melanda dengan memberikan harga istimewa agar mereka dapat sama meraikan kedatangan Ramadan dengan meriah.
Pemilik Harvest Cafe, Emi Juliani Usman Effendi bersama suaminya, Kelana Abd Razak yang mengendalikan hidangan juadah berbuka puasa di Cafe Hotel Grand Campbell, Kuala Lumpur.
GAMBAR: Abd Razak Aid
“Sebanyak lebih 60 menu berbuka puasa dihidangkan di Harvest Cafe dan kami memang letakkan pada harga yang sangat berbaloi kerana faham keadaan ekonomi sekarang yang tidak berapa baik.
“Mungkin dengan usaha ini dapat membantu mereka bagi meraikan keluarga yang ingin berbuka puasa di luar dengan harga yang berpatutan,” jelasnya ketika ditemui pada program CSR Amal Qaseh Ezmeals X UtusanTV.
Pemilik Harvest Cafe, Emi Juliani Usman Effendi (dua dari kiri) melayani Dato’ Jamal Abdillah (dua dari kanan), Ramlah Ram (kanan) dan Ara Johari mengambil juadah berbuka puasa pada Program Amal Qaseh Ezmeals bersama UtusanTV di Perkarangan Kompleks Campbell, semalam.
GAMBAR: Abd Razak Aid
Program CSR ini turut melibatkan Harvest Cafe selaku penaja utama hidangan berbuka di Hotel Grand Campbell Kuala Lumpur. Menawarkan lebih 60 menu dengan hanya RM40.00 bagi dewasa manakala RM20.00 untuk kanak-kanak dan warga emas.
Antara selebriti yang turut serta dalam program ini ialah Datuk Jamal Abdillah, Ramlah Ram, Ara Johari dan kumpulan Madam.
Sebahagian daripada orang ramai menikmati juadah berbuka puasa di Cafe Hotel Grand Campbell, Kuala Lumpur.
GAMBAR: Abd Razak AidSebahagian daripada orang ramai menikmati juadah berbuka puasa di Cafe Hotel Grand Campbell, Kuala Lumpur. GAMBAR: Abd Razak AidRamlah Ram (kiri) bersama ahli kumpulan Madam mengambil juadah berbuka puasa di Cafe Hotel Grand Campbell, Kuala Lumpur.
GAMBAR: Abd Razak Aid
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda! Ikuti langkah ini: Langkah 1: Layari utusantv.com Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’