Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah hidupkan Nuzul Al- Quran

Dari Penulis

KEBERKATAN…Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah, Shah Alam mengambil keberkatan sempena peristiwa turunnya ayat pertama Al-Quran hari ini dengan mengadakan program tadarus Al-Quran.

Pertubuhan yang diasaskan oleh Hazlina Abdul Razak, 51, sejak tahun 2008 itu menempatkan hampir 364 penghuni.

Sebahagian daripada pelatih-pelatih wanita membaca Al-Quran sempena Nuzul Al-Quran di Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita Darul Wardah (DARWA), Shah Alam. GAMBAR: Abd Razak Aid

Selain aktiviti membaca Al-Quran, penghuni juga diberikan latihan pengukuhan kendiri, latihan memasak, menjahit dan kesihatan.

Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah itu diwujudkan untuk memberi perlindungan sementara dan pemulihan dari segi akidah, emosi dan spiritual bagi memperkasakan maruah diri wanita selari dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah.

Antara misi Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita Darul Wardah (DARWA) diwujudkan adalah untuk mentarbiah dan mengislamkan golongan yang tersasar daripada cara hidup islam. GAMBAR: Abd Razak Aid

Buat masa ini, pertubuhan itu menempatkan wanita dalam lingkungan umur antara 15 hingga 41 tahun yang pernah menghadapi masalah moral seperti terlanjur dan murtad.

Selain aktiviti membaca Al-Quran penghuni juga diberikan latihan pengukuhan kendiri di Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita Darul Wardah (DARWA), Shah Alam. GAMBAR: Abd Razak Aid
Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah diwujudkan untuk memberi perlindungan sementara dan pemulihan dari segi akidah, emosi dan spiritual bagi memperkasakan maruah diri wanita selari dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah. GAMBAR: Abd Razak Aid
Sebahagian daripada pelatih-pelatih wanita membaca Al-Quran sempena Nuzul Al-Quran di Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita Darul Wardah (DARWA), Shah Alam. GAMBAR: Abd Razak Aid
Sebahagian daripada pelatih-pelatih wanita membaca Al-Quran sempena Nuzul Al-Quran di Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita Darul Wardah (DARWA), Shah Alam. GAMBAR: Abd Razak Aid
Pengasas Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita Darul Wardah (DARWA), Hazlina Abdul Razak.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This