Nostradamus, si pendusta yang meramal kiamat daripada manuskrip Islam yang dicuri

0
143

Masih ingatkah dengan tragedi runtuhnya menara berkembar World Trade Center di New York? Selepas tragedi 11 September 2001 itu, tiba-tiba saja buku puisi ramalan Nostradamus jadi laris di pasaran.

Dikhabarkan sehari selepas peristiwa itu, Internet menjadi popular dengan carian tentang ramalan Nostradamus. Lalu muncul pelbagai laman web yang menceritakan tentang ramalan Nostradamus.

Ketika itu, mereka (orang bukan Islam) percaya ramalan Nostradamus itu adalah benar, tidak kira sama ada secara kebetulan ataupun tidak. Dan ia dikaitkan juga dengan ramalan berkaitan satu lagi peristiwa besar yang akan berlaku pada 2012. Diramalkan akan berlaku perang dunia ke-3 dan kiamat pada tahun tersebut.

Nostradamus.

Daripada ramalan itu, orang Barat turut membuat keuntungan dengan melahirkan filem-filem berinspirasi kiamat seperti The Day After Tomorrow (2004) dan 2012 yang ditayangkan pada 2009, yang dihasilkan berdasarkan kalender puak maya dan ramalan Nostradamus yang kononnya kiamat akan berlaku pada tarikh 21 Disember 2012.

Kononnya, filem 2012 digambarkan sebagai cerita kiamat yang paling hebat dari sudut pandangan Hollywood. Jika anda sudah lupa, filem itu berkisar huru-hara dunia saat diketahui ramalan suku Indian Maya Inca Peru menjadi kenyataan.

Filem 2012 dihasilkan berdasarkan ramalan Notradamus dan kalendar puak maya.

Jika bercakap tentang kiamat, ia selalu dikaitkan dengan nama Michel de Nostredame atau lebih popular dengan panggilan Nostradamus.

Nostradamus dikatakan  orang yang paling arif meramalkan tentang kiamat lewat puisi-puisinya yang diterbitkan pada1555.

Ramai yang tercengang apabila membaca ramalannya tentang masa depan dan hari kiamat. Tidak kurang juga yang mengaguminya kerana mampu menilik masa depan melangkaui kebolehan seorang manusia biasa. Orang Islam pun ramai juga yang terperdaya dengan puisi-puisi ramalan doktor perubatan berasal dari Perancis itu.

Nostradamus meramalkan  dunia akan berakhir pada 2012 dan akan bermulanya satu kehidupan baru. Tetapi seperti yang anda lihat, hari ini kita masih lagi menjalani kehidupan sudah memasuki tahun 2021. Jadi, sudah tentu tidak benar sama sekali ramalannya itu.

Siapa sebenarnya Nostradamus ini? Benarkah dia begitu hebat sehingga mampu meramal masa hadapan?

Pencuri Manuskrip Islam

Bagi mereka yang banyak membaca dan membuat penyelidikan tentang Nostradamus akan mengatakan lelaki itu sebagai bapa segala pendusta.

Nostradamus adalah seorang Yahudi yang keturunannya berasal dari Baitulmuqaddis. Masalahnya bukan kerana dia Yahudi, maka dia dikatakan penipu tetapi cerita di sebaliknya.

Sebelum kelahiran Nostradamus, seluruh ahli keluarganya berpindah ke Perancis untuk memulakan hidup baru. Justeru, datuk dan ayahnya telah membuat segala persiapan yang lengkap untuk mempertahankan nama keluarga serta bangsanya.

Datuk dan bapanya telah mengumpulkan segala manuskrip berharga dari Baitulmuqaddis, Baghdad, Mesir dan negara Arab yang lain untuk dibawa bersama. Cara mendapatkannya tentulah dengan jalan mencuri. Manuskrip itu mengandungi pelbagai rahsia bangsa, negara, agama, pendidikan, perubatan, sastera dan termasuklah kitab-kitab hadis lama.

Sejak kecil, Nostradamus diajar oleh datuknya yang fasih berbahasa Arab tentang manuskrip itu. Selama bertahun-tahun mempelajarinya, Nostradamus mahir untuk mengeluarkan ramalan tentang hari kiamat sama seperti tanda-tanda kiamat yang disebut di dalam hadis nabi.

Belajar dari datuknya menjadikan Nostradamus mahir menghasilkan ramalan.

Sebenarnya Nostradamus bukanlah bijak menilik masa depan atau ada mukjizat seperti nabi. Apa yang ditulis di dalam puisinya mengenai ramalan kiamat semuanya dipetik dari hadis nabi.

Nostradamus memanipulasi hadis nabi hingga menjadikan seolah-olah dia yang bercakap dan meramal. Daripada puisi-puisi itu juga Nostradamus mengaut keuntungan kerana buku-bukunya sentiasa dibeli dan menjadi rujukan hingga ke hari ini.

Nostradamus bijak dan  licik untuk mendapatkan kemasyhuran dengan mengatakan dirinya mampu melihat masa depan. Sedangkan semua yang diramalkan itu datangnya dari manuskrip Islam. Dia menggunakan sepenuhnya kelemahan orang lain untuk menjadikan dirinya hebat.

Ada sesuatu yang menarik tentang Nostradamus pernah dipersoalkan oleh seorang penulis Mit John, di dalam artikelnya The Prophetic Nostradamus. Dipetik sedikit hasil tulisannya, jika benar Nostradamus mampu meramal dan melihat masa depan, mengapa dia masih memerlukan bantuan dadah untuk berhalusinasi.

Katanya, Nostradamus mengaku menggunakan sejenis dadah, kadang-kadang buah pala untuk membantunya bermeditasi dan berhubung dengan roh jahat untuk melihat masa depan. Sebenarnya semua ramalannya itu hanya untuk mengambil kesempatan dari orang ramai dan membuat keuntungan.

Nostradamus bijak mencipta ramalan untuk mengaut keuntungan.

Nostradamus banyak membuat kajian. Naluri manusia pula memang suka sesuatu tentang masa depan  dan perkara ghaib. Dari situlah dia mendapat idea membuat duit dengan puisi ramalannya yang kebanyakannya dicedok dari manuskrip Islam.

Sudah jelas sekarang,  apa yang dituliskan di dalam puisinya, bersumberkan manuskrip lama hadis nabi tentang tanda-tanda kiamat yang masih menjadi misteri.

Keluarganya terus mendapat keuntungan dari buku-bukunya terutamanya selepas peristiwa 11 September 2001. Ramai yang membeli buku-buku puisi Nostradamus untuk melihat apa ramalan seterusnya.

Ketahuilah, Nostardamus bukan seorang yang hebat untuk dijadikan pakar rujuk terutamanya berkenaan hari kiamat. Al-Quran dan hadis sudah cukup lengkap  untuk dirujuk tentang semua tanda-tanda kiamat. Bukan dari ramalan seorang pendusta yang menciptakan ramalan menggunakan manuskrip dan buku yang dicuri dari umat Islam.

Al-Quran dan hadis sudah lengkap untuk dirujuk tentang hari kiamat. Bila hari kiamat akan berlaku, hanya Allah S.W.T saja yang mengetahuinya.

__________

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram.