Hanya 2 daripada enam negeri mohon laksana PKP.., semoga ia TIDAK dilaksanakan

Dari Penulis

SETELAH rakyat diuar-uarkan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di enam negeri setelah Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan demikian untuk membendung penularan COVID-19 yang semakin meningkat, nampaknya hanya dua negeri yang bersetuju dengan cadangan itu.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa yang menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, hanya dua negeri secara terbuka memohon PKP dilaksanakan kembali di negeri berkenaan.

“Sekurang-kurangnya dua negeri membuat permohonan dan rayuan supaya segera kembali semula kepada PKP kerana jumlah peningkatan kes tinggi dan kebarangkalian akan terus meningkat.

“Ada negeri yang berasakan kapasiti kemudahan termasuk katil hospital yang hampir mencapai lebih 80 peratus, jadi mereka mahu ambil langkah berjaga-jaga,” katanya ketika ditemui pada Program Prihatin Ramadan Wilayah Persekutuan, di Kompleks Perbadanan Putrajaya di Putrajaya, malam tadi.

BERITA BERKAITAN Kerajaan nilai semula pelaksanaan PKP – Muhyiddin

Bagaimanapun, Annuar berkata, MKN mengambil langkah untuk meneliti secara mendalam permohonan itu dengan mengambil kira kepentingan mengekalkan keseimbangan antara kehidupan dengan soal berkaitan nyawa rakyat.

“Permohonan itu akan dibincangkan Jawatankuasa Teknikal MKN dan pengumuman lanjut akan dibuat Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Mengulas sama ada Kuala Lumpur turut memohon, beliau berkata, pihaknya berharap beberapa lokaliti diletakkan dalam PKP Bersasar (PKPB)

“Bagi pihak Jawatankuasa Keselamatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kita berasakan perlu lebih berhati-hati.

“Ini bermakna kita akan lihat di mana kawasan dan tempat yang perlu diperketatkan PKP dan kita akan memperketatkan kawasan berkenaan,” katanya.

“Ia satu situasi yang cukup sukar. Saya sebagai ahli MKN Khas COVID-19 hampir setiap hari bermesyuarat dan mendengar nasihat pakar daripada agensi yang terlibat secara langsung atau kelompok profesional yang mengurus kesihatan sampailah kepada agamawan yang memberi nasihat dari pelbagai sudut bagaimana harus kita tangani COVID-19.

“Jelas tidak ada formula tetap atau cara terbaik yang tertentu untuk mengurus COVID-19 kerana ia sangat unik. Setiap gelombang, setiap fasa kita terpaksa menggunakan kaedah yang berbeza,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 400 golongan asnaf di Putrajaya menerima sumbangan wang tunai dan bakul makanan menerusi Program Prihatin Ramadan, yang antara lain, bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan untuk turut merasai kemeriahan melakukan persiapan menyambut Aidilfitri.

Program itu adalah kerjasama strategik antara Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) melalui Perbadanan Putrajaya (PPj), Kumpulan Media Prima dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This