Resipi biskut cip coklat kopi

0
763

Mencari resepi biskut raya yang menarik? Apa kata cuba resipi biskut cip coklat kopi yang sangat mudah dan sedap. Bahan-bahan menyediakannya mudah didapati dan penyediaannya tidak leceh dan mengambil masa.

BAHAN
180 gm tepung gandum – ayak
2 sudu besar tepung gandum – ayak
120 gm gula kastor – ayak
120 gm gula perang
65 gm mentega
65 gm lemak sayuran
240 gm cip coklat
1 sudu besar pes kopi
1 biji telur gred A
1 sudu besar esen vanila
½ sudu kecil serbuk penaik – ayak
½ sudu kecil garam – ayak

CARA
1.Pukul mentega, lemak sayuran, gula kastor dan gula perang sehingga kembang. Perlahankan kelajuan mixer dan masukkan esen vanila, pes kopi serta telur.
2.Pastikan jangan terlebih pukul adunan setelah dimasukkan telur. Masukkan tepung gandum dan tambah lagi dua sudu besar tepung gandum dan cip coklat, gaul sehingga sebati.
3.Sudukan adunan di atas dulang pembakar. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180⁰C sehingga masak sempurna.
4.Angkat dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.

Foto & Resipi: Norzila Saim (www.zila4ever.blogspot.com)