Resipi sambal udang sedap sehingga menjilat jari

0
866

Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi sambal udang yang Saji kongsikan ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN
175ml minyak masak
500gm udang – dibersihkan
1 kiub pati ikan bilis
6 sudu besar pati santan
2 labu bawang besar – dihiris bulat
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS
20 tangkai cili kering – direbus sehingga lembut
15 ulas bawang kecil
1 sudu besar serbuk belacan

CARA
1.Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2.Masukkan udang, air asam jawa, pati ikan bilis dan pati santan.
3.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan kacau sehingga masak.
4.Masukkan hirisan bawang besar. Boleh ditambah sedikit air jika terlalu pekat.

Resipi : Datuk Cef Ismail, Restoran Rebung.