Salah isi nombor IC punca tak terima janji temu – Khairy

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KESILAPAN mengisi nombor kad pengenalan di aplikasi MySejahtera dan semasa mendaftar untuk memperoleh vaksin AstraZeneca sehingga mengakibatkan ketidakpadanan membuatkan ramai pemohon masih belum menerima notis janji temu.

Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, pihaknya menerima banyak panggilan melalui ‘hotline’ daripada pemohon yang masih belum menerima notis janji temu bagi memperoleh suntikan vaksin itu.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi pemohon.

“Apabila kita semak semula dengan sistem, ada satu isu besar iaitu nombor kad pengenalan di MySejahtera dan yang digunakan bagi pendaftaran AstraZeneca tidak sepadan.

“Jika nombor kad pengenalan di kedua-dua aplikasi itu tidak sepadan, sistem tak boleh teruskan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Baca artikel berkaitan: Dos kedua AstraZeneca diberi selang 12 minggu – Khairy

Program vaksinasi secara sukarela bagi jenis vaksin AstraZeneca bermula hari ini di empat pusat pemberian vaksin (PPV) khas di Kuala Lumpur dan Selangor.

PPV mega itu terletak di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam.

Sebanyak 268,000 slot untuk mendapatkan vaksin AstraZeneca telah pun habis ditempah dalam tempoh hanya beberapa jam selepas dibuka mulai 12 tengah hari Ahad lalu.

Tempahan itu dibuka di laman web www.vaksincovid.gov.my berdasarkan kepada kaedah first come, first served.

Pemberian vaksin AstraZeneca secara sukarela itu dimulakan di Selangor dan Kuala Lumpur mengambil kira peningkatan kes di kedua-dua negeri berkenaan.

Mengulas lanjut, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bagaimanapun berkata, bagi mereka yang telah memasukkan nombor kad pengenalan dengan betul tetapi masih belum memperoleh notis janji temu, boleh menghantar e-mel kepada kementerian bagi menyelesaikan masalah pendaftaran berkenaan.

Baca artikel berkaitan: Bekalan vaksin mungkin tak cukup mulakan Fasa 3 – Khairy

Beliau berkata, seramai kira-kira 30,000 individu berada dalam senarai menunggu bagi program vaksinasi sukarela AstraZeneca.

“Setakat ini aliran proses menerima vaksinasi berjalan dengan baik. Setakat ini, beberapa individu terlibat dalam percubaan suntikan vaksin AstraZeneca beberapa hari lalu tidak mengalami kesan yang teruk.

“Paling teruk pun demam sahaja,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Khairy turut memberitahu empat PPV khas bagi program vaksinasi sukarela itu buat pertama kali menggunakan khidmat pengamal perubatan swasta yang berdaftar dengan Protech Health Corp. Sdn. Bhd. untuk memberikan suntikan vaksin.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This