Majikan diseru sahut inisiatif kerajaan, bukan desak benarkan pekerja asing

Dari Penulis

MAJIKAN diminta memainkan peranan dalam menyebarluaskan inisiatif yang kerajaan sediakan untuk bakal pekerja.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB), Rizan Hassan berkata, sikap meletakkan segalanya kepada kerajaan dan mengharapkan insentif semata-mata perlu dikikis.

Katanya, terdapat banyak ruang dan peluang kepada majikan untuk mendapatkan sumber pekerja jika bersedia kolaborasi dengan pelbagai pihak di lapangan.

“Majikan juga perlu tampil dan berperanan sebagai pusat latihan kepada golongan Belia NEET (Not in Employment, Education and Training) yang tidak berpeluang mendapatkan latihan di institusi latihan.

“Kesediaan majikan mengeluarkan sedikit kos memberi latihan dalaman seterusnya menyediakan pekerjaan akan lebih meningkatkan bilangan pencari kerja mendapat pekerjaan di negara ini.

“Tidak salah kalau kos mendapatkan pekerja asing yang tinggi itu dapat di peruntukkan kepada membina bakat tempatan dengan acuan majikan itu sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhyiddin Yassin

Sementara itu, kata Rizan, kejayaan seramai 150,597 pencari kerja berjaya mendapat pekerjaan melalui 12 program yang dilaksanakan seperti diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mempengerusikan mesyuarat ketiga Majlis Pekerjaan Negara (NEC) semalam merupakan petanda positif dalam usaha merancakkan kegiatan ekonomi negara.

“Inisiatif dan insentif yang disediakan kerajaan perlu direbut oleh masyarakat khususnya golongan belia dan dimanfaatkan oleh majikan yang akhirnya akan memberikan kesejahteraan ekonomi dan sosial yang baik kepada semua.

Baca artikel berkaitan: Tak minat kerja kotor, sukar, bahaya: Kerajaan kaji ambil semula pekerja asing

“Walaupun masih banyak majikan yang berdepan pelbagai karenah sikap pekerja tempatan seperti memilih kerja, tidak kekal lama bekerja dan banyak lagi, itu bukanlah alasan untuk majikan mendesak kerajaan membenarkan kemasukan pekerja asing dalam suasana pandemik COVID-19 sekarang,” ujarnya.

Pada masa sama, kata Rizan, majikan juga diminta lebih memperketatkan SOP di tempat kerja bagi memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja benarbenar terjamin.

“Kewujudan banyak Kluster Tempat Kerja dalam penularan COVID-19 ini membuktikan ada majikan yang hanya mementingkan keuntungan dan tidak sensitif kepada perkembangan semasa.

“Sikap begini hanya akan merugikan majikan itu sendiri jika tindakan undang-undang di ambil oleh kerajaan dan ianya tersebar luas dalam kalangan masyarakat,” jelasnya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun antara 13 didakwa merusuh di Jinjang

SERAMAI 13 lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini,...

More Articles Like This